Jepun terkenal dengan rakyatnya yang suka berbasikal, mungkin disebabkan sara hidup tinggi atau tuntutan kerajaan atau gaya hidup yang sihat, lebih-lebih lagi di bandar utama.

Aktiviti berbasikal di sokong sepenuhnya di Jepun dan kemudahan untuk berbasikal disediakan secukupnya dari segi laluan dan tempat letak basikal.

Jadi berbasikal di jalan-jalan utama atau jalan besar (jalan raya) tidak menjadi masalah kerana penunggang basikal dan pejalan kaki diutamakan oleh pemandu kereta dan sebagainya.

Jpeg

Jadi kepada yang berminat untuk mengembara di Jepun dengan berbasikal adalah digalakkan. Tetapi adakah berbaloi bawa basikal dari tanah air atau membeli di Jepun? Terserah pada keperluan dan bajet anda.

Membeli basikal di Jepun sedikit berbeza prosedurnya berbanding di Malaysia samada membeli basikal baru atau basikal terpakai.

Sumber: Japan Guide
Sumber: Japan Guide

Di Jepun semua sedia maklum tentang “sistem keselamatan” mereka. Maka sistem berikut juga tertakluk dengan jual beli basikal kerana basikal adalah antara pengangkutan utama mereka.

Ia seakan membeli sebuah motosikal di Malaysia. Ia lengkap dengan nombor chasis, geran dan nombor pendaftaran basikal (nombor plat) kerana jika sebarang masalah berlaku rujukan atau carian senang dilakukan.

Berikut merupakan tip membeli basikal di Jepun.

1. Tempat Belian

Kedai basikal di area Namba, Osaka, Jepun.
Kedai basikal di area Namba, Osaka, Jepun.

Pergi saja dimana-mana kedai basikal, yang mudah dicari dalam talian adalah premis BIC CAMERA, cuma di BIC CAMERA mereka menjual basikal yang baru sahaja. Untuk basikal terpakai anda boleh cari di kedai basikal biasa atau flea market yang berhampiran anda.

2. Pemilihan Basikal

Sedang cuba basikal yang sesuai sebelum lakukan pembelian
Sedang cuba basikal yang sesuai sebelum lakukan pembelian

Pilih basikal yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda. Untuk basikal baharu harga secara purata bermula dari 10000 yen keatas.

 Staf di BIC Camera membuat pemeriksaan akhir basikal sebelum menyerahkan kepada pelanggan.

Staf di BIC Camera membuat pemeriksaan akhir basikal sebelum menyerahkan kepada pelanggan.

Untuk basikal terpakai bergantung pada kondisi basikal dan model atau jenama. Basikal yang biasa-biasa selalunya harga bermula secara purata dari 10000 yen dan kebawah.

3. Pendaftaran

Contoh nombor plat pada basikal.
Contoh nombor plat pada basikal.
Contoh nombor plat pada basikal.
Contoh nombor plat pada basikal.

Isi borang yang diberikan seperti nama, alamat semasa dan nombor telefon jika ada. Untuk alamat, memadai dengan alamat tempat menginap. Setelah selesai anda akan diberikan pelekat/sticker nombor plat untuk ditampal pada basikal anda.

Pastikan prosedur yang sama dilakukan jika membeli basikal terpakai. Kerana jika ditahan pihak berkuasa, jika anda tidak ada maklumat-maklumat berikut mungkin boleh dituduh mencuri basikal tersebut.

4. Tanggungjawab Pemilik Basikal

Parking basikal di kawasan bandar, 150yen untuk satu hari, 1jam pertama adalah percuma.
Parking basikal di kawasan bandar, 150yen untuk satu hari, 1jam pertama adalah percuma.

Setelah semuanya selesai, mulakan kayuhan anda dengan lafaz Bismillah dan terus ke destinasi yang ingin dituju. Pastikan mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh penguasa Jepun.

Contohnya, parking basikal di tempat yang disediakan, guna laluan basikal sebaiknya, bertolak ansur dengan pejalan kaki serta memberi laluan ketika jalan sempit dan utamakan keselematan.

Jangan sekali-sekali melakukan aksi superman diatas jalan raya.

5. Aksesori Basikal

7

Anda juga boleh melengkapkan aksesori yang diperlukan seperti tali untuk mengikat beg, lampu keselamatan bahagian belakang dan sebagainya mengikut keperluan.

Aksesori berikut boleh didapati di kedai 100 yen atau Daiso dengan harga yang murah.

Selamat mengembara dengan basikal.