Raja ampat ni orang pergi untuk dive. So untuk non-diver macam kami, inilah aktiviti yang kami susun.

Trip ke Raja Ampat boleh jadi jauh lagi murah dari apa yang kami buat ni. Ini trip buat semua sendiri. Tapi untuk rujukan kami senaraikan jugak itinerari kami dan akan tambah tips untuk kurangkan kos.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hari 0
Flight KLIA2 – Makassar (Air Asia)
(Bermalam di  Makassar sebab flight ke Sorong semua pukul 3 dan 4 pagi)

Hari 1
4.10am : Flight Makassar – Sorong (Batik Air)
7.30am : Touch down Sorong Airport dan terus ke Pelabuhan Rakyat Sorong naik taxi (van kuning) 100000IDR atau ojek(motor tumpang)lebih murah.

Feri Ekspress Bahari ke Pelabuhan Waisai 125000 IDR seorang. Hanya berlepas 2 kali sehari iaitu jam 9 pagi dan 2 pm.

Sebelum pergi Raja Ampat kena beli permit tag berharga 1milion IDR seorang. Yes, mahal. Boleh beli di Pelabuhan Waisai bila sampai.

12pm : Sampai Pelabuhan Waisai, owner homestay akan jemput. Naik bot selama 30 minit. Yang ni 800000IDR per bot, satu bot 8 orang.

Travel kat Raja Ampat memang banyak pakai bot, dan harga bot-bot ni memang mahal sebab dia orang kena isi minyak dan minyak bot di Papua sangat lah mahal. Tapi semua duit ni akan dapat ke owner homestay terus (bukan badan pelancongan) yang terdiri daripada penduduk tempatan. Secara tak langsung kita tolong penduduk tempatan jana pendapatan.

Kena bincang dengan owner supaya ada tetamu lain yang naik bot sekali. Jadi taklah  kita je yang kena tanggung kos untuk satu bot.

Homestay kami Lumba-Lumba Guesthouse terletak di Pulau Kri, 30 minit dari pelabuhan Waisai. Memang cantik sebab berada di teluk. Pondok-pondok homestay memang di kaki air.

Di hari pertama tak ada buat apa-apa sebab dah petang. Hanya berehat saja. Makan pagi petang malam semua homestay sediakan.

Harga homestay ialah 600000IDR/night untuk berdua. Kalau menginap seorang jadi 350000 seorang. Jika berdua lebih murah. Kami tinggal 3 malam. Total 1.8 juta IDR.

Hari 2

Trip ke Piaynemo 5.5mil IDR/ bot share 8 orang.
Termasuk snorkelling ke 2 ke 3 tempat dan makan tengahari. Memang berbaloi.
Yang paling tak boleh lupa, belah malam nya kami dapat lihat langit yang paling cerah dengn bintang sepenuh-penuh langit. Paling banyak saya pernah lihat sepanjang hidup.

Hari 3

Perancangan asal nak buat snorkeling trip tapi ada kematian ahli keluarga owner malam sebelumnya. Jadi hari ni seluruh kampung berduka dan tak ada trip snorkeling/diving dijalankan.

Kami buat aktiviti sendiri, low tide exploration belah tengahari, jalan keliling pulau dan snorkeling di pantai depan homestay.

Hari 4

7.30am : Lepas sarapan terus hike ke viewpoint Pulau Kri. Memang berbaloi ke sini.

Lepas turun, kami  snorkeling lagi ke kawasan drop off point depan homestay. Pun berbaloi.

Sebelum balik semula ke Pelabuhan Waisai.

Satu yang kami tak boleh ambil gambar ialah underwater di Raja Ampat. Setiap pengalaman snorkelling memang best, tempat paling best kami snorkel berbanding tempat lain yang kami dah pergi sebelum ni termasuk di Filipina, Malaysia, Thailand, sini underwater paling best.

Yela kan dah memang terkenal di peringkat antarabangsa sebagai lokasi diving terbaik pun.

Dari Waisai kami naik balik feri ke Pelabuhan Rakyat Sorong pukul 2pm dan bermalam di Sorong. Esok flight ke Bali di awal pagi. Flight kami dari Sorong – Denpasar naik SriWijaya Air.

Tips dari kami:

1. Ambil pakej

Disebabkan kami tak dive, antara tempat yang kami nak pergi sebenarnya adalah Pulau Wayag, yang sebenarnya lagi menarik dari Piaynemo. Tapi sangat jauh (4 jam naik bot, Piaynemo 2 jam je.) Dan sangat mahal. Caj bot 12.5 juta IDR dari homestay kami.

Kami dapat tahu, ada banyak pakej yang boleh uruskan semua, penginapan, trip ke Wayag, trip snorkeling untuk 6.85 juta IDR all in. Sangat murah kan. Tapi ini kena kongsi dalam kumpulan  6 – 10 orang.

2. Pergi ramai-ramai

Kalau pergi sorang dua ke Raja Ampat memang banyak pakai duit. Jangan contohi kami pergi dua orang saja. Cari 6-8 orang kawan dan akan banyak pakej murah korang boleh dapat.

3. Tinggal di Waisai

Selalu kalau ambil pakej penginapan adalah di Waisai. Waisai ni sentral. Apa yang mahal di Raja Ampat ialah pengangkutan iaitu bot.

Jadi kalau tinggal di sentral, senang cari kawan nak kongsi. Jarak pun di tengah-tengah untuk pergi semua tempat menarik. Ini juga dapat kurangkan kos. And of course facilities di Waisai lagi bagus terutama dari segi tandas, makanan dan signal telefon.

Tapi kalau nak duduk di Pulau dan dapat pemandangan cantik boleh pergi ke website stayrajaampat.com. Di sana ada banyak homestay cantik di Pulau Kri, Arborek dan lain-lain.

Tapi kena berkorban kos lebih sebab akan ada bot transfer dari Waisai ke pulau-pulau yang anda menginap. Dan kos ke tempat menarik akan berbeza bergantung kepada jarak pulau anda duduk tu dengan tempat-tempat menarik tadi.

4. Pergi pada bulan September – May

Memang Raja Ampat cuaca bagus sepanjang tahun. Tapi kalau pergi waktu ni boleh nampak Manta dan cuaca jarang sangat hujan.

5. Hati-hati dengan anjing

Ini bukan pasal kos tapi nak kongsi jugaklah dengan pengembara Muslim. Penduduk di Sorong dan Waisai rata-rata adalah penganut agama Kristian. Jadi akan ada anjing di sana sini. Diorang tak garang. Diorang friendly. So, pandai-padai la korang jaga ye.

Kos kami hari tu untuk ground cost (tak termasuk flight) ialah 7 juta IDR untuk dua orang. Kalau convert RM adalah dalam RM1300 seorang.
TAPI, harga ni ikut apa yang kitorang buat dan di mana kita orang menginap. Dan kami tak pergi ke Wayag. Kalau pergi akan tambah lagi.

So selamat mencuba. Kalau ada rezeki korang InsyaAllah boleh dapat harga yang lagi murah dan lagi banyak trip.

Sebelum wrap up, saya nak ucapkan terima kasih kepada saudara Ariff Gizan yang membantu berkenaan trip Rajah Ampat ini. Kemudian www.stayrajaampat.com atau facebook-nye Stay Raja Ampat. Dan yang terakhir, Encik Google. U guys rock!

tip-ke-pulau-raja-ampat-1

Piaynemo island viewpoint. Kos dari homestay kami adalah 5.5 juta IDR untuk satu bot yang muat untuk 8 orang. Trip adalah termasuk makan tengahari, kudapan sepanjang perjalanan dan snorkelling di 4 point.

tip-ke-pulau-raja-ampat-2

Pendakian ke puncak Piaynemo mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja. Ada dua stage viewpoint di puncak bukit ini. Jadi kalau terlalu ramai berada di puncak, mungkin terpaksa beratur nak mangambil gambar.

tip-ke-pulau-raja-ampat-3

Di jeti/kaki Piaynemo Island, ada beberapa gerai kecil yang menjual makanan ringan dan minuman. Air kelapa dia terbaik gak. Dekat sini pun ada yang menjual lobster dan ketam kenari.

tip-ke-pulau-raja-ampat-4

Arborek Island jetty. Antara spot snorkelling yang serius cantik.

tip-ke-pulau-raja-ampat-5

Arborek jetty. Kami berhenti makan tengahari di sini. Perkampungan kecil yang memuatkan lebih kurang 40-50 buah rumah. Di sini juga ada homestay untuk disewa.

tip-ke-pulau-raja-ampat-6

Pantai Arborek semasa air surut. Sesiapa yang rajin nak mengambil gambar, bolehlah bawa setup kamera yang terbaik anda ke sini.

tip-ke-pulau-raja-ampat-7

tip-ke-pulau-raja-ampat-8

Punyalah selamat jalan kaki di sini, tak ada langsung kaca ke atau sampah sarap. Sangat-sangat dijaga dengan baik. Padahal selipar bini aku hilang, kene kokak dek anjing. Yang jadi mangsa tak berselipar akulah.

tip-ke-pulau-raja-ampat-9

Nasib baik dia tak suruh pakai songkok dengan baju Melayu.

tip-ke-pulau-raja-ampat-10

Setiap kali bot berlabuh, mesti ada budak-budak pulau yang akan datang. Kalau ada gula-gula atau coklat, bagilah dekat diorang. Mesti lagi besar senyumnya diorang.

tip-ke-pulau-raja-ampat-11

tip-ke-pulau-raja-ampat-12

Homestay kami di pulau Mensuar/ Kri Island. Ada 5 unit sahaja di sini. Air pasang sehignga ke kaki rumah. Shark main ronda-ronda dekat gigi air je bila air dah pasang. Blacktip shark ye. Bukan great white shark.

tip-ke-pulau-raja-ampat-13

Low tide exploration di Pulau Kri. Kalau singgah di Pulau Kri dan nampak struktur seperti ini, cuba snorkelling di hujung jeti runtuh ini. Ada satu giant clamp sebesar tong drum yang masih hidup lagi. View di drop off point dia pun terbaik. Spot ni di hadapan Warahnus Homestay.

tip-ke-pulau-raja-ampat-14

Low tide exploration sekitar Kri Island.

tip-ke-pulau-raja-ampat-15

Low tide exploration sekitar Kri Island.

tip-ke-pulau-raja-ampat-16

Boleh acah-acah cambest dekat sini.

tip-ke-pulau-raja-ampat-17

tip-ke-pulau-raja-ampat-18

Homestay tak jadi / terbengkalai / runtuh di Kri Island.

tip-ke-pulau-raja-ampat-19

Setiap homestay akan ada hammock sendiri. So tak payah bawak hammock. Buat beratkan beg je. Ni dekat common area Lumba Lumba Homestay.

tip-ke-pulau-raja-ampat-20

Salah satu pondok di Lumba Lumba Homestay. Pada waktu air pasang seperti dalam gambar, blacktip shark akan berkeliaran di pesisir pantai. Ronda kawasan. Mungkin abang long kawasan Papua. Jangan risau, shark ni tak gigit orang. Hehe.

tip-ke-pulau-raja-ampat-21

Viewpoint di Pulau Kri. Hike dari Lumba Lumba Homestay sampai puncak dalam 20-30 minit bergantung kepada fitness level korang. Kalau power 15 minit sampai. Tak ada tangga. Ikut je kesan orang pijak.

tip-ke-pulau-raja-ampat-22

Kalau lagi best tengok sunset kat sini, tapi kita orang pergi dah last day, bot balik pukul 12 tengahari, jadi tak sempat. Tapi jika nak naik waktu sunset kena bawa lampu suluh dan ingat jalan turun, sebab lepas sunset sini cepat gelap.

tip-ke-pulau-raja-ampat-24

Pantai depan pondok. Snorkeling depan pondok pun memang best sebab drop off point dalam 15 meter je dari pantai. Masa air surut ikan memang banyak, coral memang penuh tambah-tambah dekat drop off point.

tip-ke-pulau-raja-ampat-25

Balik ke Waisai semula.

tip-ke-pulau-raja-ampat-26

tip-ke-pulau-raja-ampat-27

Sampai di Pelabuhan Waisai.

Baca lagi: Inilah Pengalaman Unik Yang Saya Lalui Semasa Bercuti Di Pulau Raja Ampat