Saya bersama 6 orang sahabat memulakan trip menjelajah negara China bermula dari bandar Chongqing dan berakhir di bandar Wuhan sepanjang 2148km dengan menaiki pelbagai pengangkutan awam di sana.

Pengalaman dan tips semasa kena tahan di dalam bilik bersama-sama pihak imigresen China ketika di Lapangan Antarabangsa Tianhe Wuhan menjadi pengalaman berguna buat kami semua.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jadi saya akan kongsikan beberapa tips berguna apa perlu anda lakukan sekiranya anda ditahan.

1. Pastikan kandungan video atau gambar didalam handphone tidak ada sebarang bentuk video keagamaan khususnya bagi agama islam. Contoh; kalau mereka menemui ceramah-ceramah agama, mereka akan mula menyoal anda secara bertubi-tubi. Pastikan anda dapat menjawab secara tenang dan tidak gelojoh.

2. Jangan sesekali mengambil gambar atau video pasukan keselamatan mereka (Tentera, Polis atau sebarang pasukan uniform mereka)

3. Sekiranya anda seorang wanita muslim bertudung dan dipaksa untuk membuka tudung serta merta, anda perlu secara berhemah minta agar dapat berjumpa dengan pegawai atasan dan anda perlu menjelaskan kenapa anda bertudung?

4. Jawab semua soalan-soalan yang ditanya secara berkhemah, senyum dalam duka dan jangan sesekali gelojoh atau menunjukkan aksi ‘nervous’.

5. Dan yang paling mustahak pastikan anda masih ada masa untuk ‘mengejar’ penerbangan anda ketika ditahan atau terangkan kepada pegawai imigresen yang anda perlu menaiki pesawat pada jam yang ditetapkan. Pastikan anda dapat berlari macam Usain Bolt selepas selesai, supaya tidak tertinggal kapal terbang.

Harap tip di atas dapat membantu sekiranya anda ditahan oleh pihak pihak imigresen China!

Saya kongsikan juga pengalaman kami selama 11 hari ‘overland’ di bandar Chongqing, Wulong, Chengdu, Xiling, Xian dan Wuhan.

CHONGQING

Wulong Karst, Wulong China

2

1

Tempat pengambaran filem Transformers 4 Age of Extinction adalah antara tarikan utama saya dan kawan2 untuk mengembara ke sini. Sebelum sampai kesini, kami telah di’escort’ ke bas oleh pihak polis di stesen bas Sigongling, Chongqing.

Mereka banyak bertanya atau hairan kenapa kami tidak mengunakan travel agensi ataupun local tour guide untuk kembara di Wulong, kerana hanya segelintir pelancong yang melawat kawasan ini.

Setelah 30 minit rundingan meja bulat dan segala butiran kami diambil, pihak polis telah melepaskan kami untuk meneruskan perjalanan ke Wulong dan kami dilayan seperti “VVIP” ketika menaiki bas.

Yantze River Cableway, Chongqing

3

Pengalaman menarik menaiki kereta kabel merentasi sungai Yantze.

Ciqikou Old Town

4

Bandar lama Chongqing ini wajib anda kunjungi kerana seni bina bangunan-bangunan lama yang masih dipelihara dan jangan terkejut sekiranya anda anda akan berjumpa mamak yang sedang menebar roti canai di sini!

CHENGDU

Chengdu Panda Research

5

6

Tempat pembiakan panda terbesar dunia ini antara lokasi yang perlu anda kunjungi.
Terdapat pelbagai saiz panda yang terdapat di dalam kawasan ini. Tempat tumpuan pelancong ini sesak pada awal pagi kerana panda akan agresif pada sebelah pagi dan akan ‘malas’ selepas waktu makan mereka.

Anda harus menaiki Metro (LRT) dan turun di Panda Avenue stesen sebelum menaiki shuttle bas yang telah disediakan.

Xiling Snow Mountain

7

Perjalanan 2 ½ jam dari bandar Chengdu ke lokasi yang menyajikan pemandangan gunung-ganang indah ini amat berbaloi anda kunjungi.

Gunung-gunung ini akan mula ditaburi salji pada pertengahan bulan November sehingga pertengahan bulan Mac. Juga di sini tedapat beberapa resort salji yang menarik untuk anda menginap.

Masjid Haosheng (Tianfu Square)

8

Lokasinya yang terletak berhampiran Tianfu Square dan bersebelahan Chengdu Science Library. Terdapat beberapa restoran halal menarik yang boleh anda kunjungi dan mendapatkan kudapan halal disekitar masjid ini.

Tianfu Square

11

Lokasi ini dikelilingi oleh bangunan2 tinggi disekitarnya. Juga jangan kentinggalan bergambar bersama Mao Zedong.

New Century Global Center

9

Bangunan paling besar didunia ketika ini antara kejutan terhebat kami pernah lihat sepanjang perjalanan kembara overland kami di China. Didalamnya terdapat taman tema air, kompleks membeli belah serta ruang2 pejabat. Kagum!

XIAN

Muslim Quarter

10
Muslim Quarter

Dikatakan hampir atau lebih 20 ribu orang islam menginap di kawasan ini dan terdapat lebih 10 buah masjid di dalamnya. Kami bernasib baik kerana jarak hostel kami hanya beberapa meter saja dari tempat tumpuan utama pelancong ke bandar Xian ini. Banyak restoran halal serta makanan enak yang boleh anda dapati di sini.

Xian Drum Tower dan Bell Tower

12

Seni bina ini telah dibina sekitar tahun 1380 dan 1384. Saya nasihatkan anda datang pada waktu malam untuk melawat dua kawasan tumpuan ini kerana lampu limpahnya yang menarik.

Xian City Wall

13

Kubu pertahanan purba terbesar di dunia ini masih kekal utuh. Kami hanya sempat menghabiskan suku perjalanan ketika berbasikal disini. Anda harus habiskan 4 jam sekiranya ingin mengelilingi keseluruhan City Wall secara berjalan kaki! Anda bakal disajikan pemandangan menarik ketika berada diatas City Wall ini.

Terracotta Warriors and Horses

14

Perjalanan 1 ½ jam menaiki bas awam dari bandar Xian untuk ke tapak lawatan sejarah dunia ini. Anda perlu menghabiskan 4-5 jam untuk keseluruhan lawatan ke tapak sejarah. Jangan lupa mendapatkan buah delima atau jus delima segar yang dijual di sekitar kawasan sejarah ini kerana pokok buah delima begitu banyak ditanam disekiling kawasan.

Big Wild Goose Pagoda (Dayan Pagoda)

15

Pagoda yang dibina sekitar tahun 652 semasa pemerintahan Maharaja Gaozong. Seperti lawatan ke Xian Drum Tower dan Bell Tower saya syorkan agar anda datang pada sebelah malam kerana ada pertunjukan air terjun terbesar di Asia. Pertunjukan selama 30 minit ini sememangnya berbaloi dan memukau semua pengunjung khususnya kami.

Jadi jangan lupa datang 1 jam awal untuk mendapatkan lokasi menarik untuk merakamkan detik hebat itu nanti.

WUHAN

Perancangan awal kami sepatutnya melawat tempat-tempat menarik di Wuhan ini terbantut gara-gara kami tertinggal keretapi laju di Xian. Setelah sampai di bandar Wuhan kami harus menempuh 24 buah Metro stesen sebelum sampai ke lapangan terbang yang mengambil masa sekitar 1 jam 45minit, hasrat untuk menjelajah bandar Wuhan terpaksa kami batalkan.

Jangan jadikan alasan tidak boleh berbahasa mandarin sebagai penghalang utama anda untuk sampai ke China. Pengalaman ditahan oleh pihak imigresen China tidak akan menghalang kami untuk terus menerokai tempat2 menarik di China pada 2018 nanti!