Pada yang sedia maklum, sebagai pekerja swasta walau dari mana syarikat sekali pun, pasti anda tidak lari dari kekangan masa kerana terpaksa mengejar due date atau urgent presentation.

Apatah lagi yang bekerja dalam bidang operation. Kebutuhan anda untuk melakukan overtime sangat diperlukan hampir setiap hari untuk memastikan kelancaran operasi untuk shift seterusnya.
Kadang- kadang balik seawal 9 malam. Malah ada yang terlajak sehingga lewat 12 malam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Andai anda berminat untuk menulis dan ingin memiliki buku sendiri. Mungkin bagi anda, amat sukar untuk membahagikan masa untuk menulis dan melayan kepenatan anda selepas seharian bekerja.

Saya juga tergolong antara staff syarikat swasta yang terpaksa balik lewat setiap hari untuk kelangsungan operasi syarikat.

Ini antara tips yang saya boleh kongsikan untuk sama-sama kita amalkan:

1. Jangan bazirkan waktu rehat anda dengan melayan sosial media dan gosip- gosip lapuk bersama rakan sekerja anda.

Cuba untuk keluarkan isi-isi penulisan anda dalam bentuk nota ringkas. Andaikan anda mempunyai rehat satu jam. Peruntukkan sekurang-kurangnya 30 minit untuk makan dan solat. Dan baki 30 minit, tulislah apa sahaja rangka penulisan anda. 30 minit x 22 hari bekerja = 660 minit. Bayangkan 660 minit anda yang sangat berharga.

2. Cuba fikirkan topik/genre yang kena dengan jiwa anda.

Anda suka genre motivasi, tulis genre motivasi. Jangan paksa diri untuk menulis genra sarcastic. Paling mudah, rungkaikan motivasi dengan kehidupan anda di tempat kerja.

Kerana itu adalah realiti hidup anda. Realiti tidak pernah menipu. Lalu, tangan-tangan anda pasti akan meluncur laju menaip kisah realiti anda.

3. Cari masa untuk menulis setiap hari

Tetapkan 2 jam setiap hari selepas balik dari tempat kerja untuk mula menaip semua isi/rangka penulisan yang anda tulis sepanjang 30 minit waktu rehat anda tadi. Anda tidak perlu berfikir panjang untuk menulis ideologi seterusnya. Kerana rangka 30 minit anda di tempat kerja tadi telah menyenangkan 2 jam sesi menaip anda.

4. Minta rakan sekerja semak dan komen hasil tulisan anda

Setiap kali habis satu bab penulisan, print dan beri kepada rakan sekerja anda yang selalu mengajak anda bergosip untuk membaca hasil penulisan anda, dan ingatkan dia untuk memberi komen dan dalam masa yang sama, tolong cari sebarang typo di dalamnya. Hal ini bukan sahaja menghalang mereka dari mengajak anda bergosip, tetapi ia juga dapat menjimatkan masa anda untuk membetulkan typo dan menyenangkan proses proofread nanti.

5. Ulang kesemua langkah 1-4 sehingga anda berpuas hati dengan jalan cerita penulisan anda.

Saya juga staff syarikat swasta (industri berat) seperti anda. Segalanya pasti berhasil. InsyaAllah.

Baca lagi: 18 Tips Menulis Dan Terbitkan Buku Travelog Dari 2 Penulis Bestseller