Hari ini saya nak share tips di Kathmandu. Makin ramai orang Malaysia yang datang ke Kathmandu, Nepal la ni. Ada yang pergi bercuti, ramai juga yang pergi trekking.

Semoga tips-tips ni bermanfaat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Visa dan airport

Turun dari flight, tunggu untuk naik shuttle bus ke terminal.

Visa Nepal untuk orang Malaysia boleh dibuat di Kedutaan Nepal di Malaysia yang terletak di Jalan Ampang, KL. Siap dalam masa 24 jam hari bekerja.

Harga Visa:
15 hari = RM 95
30 hari = RM 155

Tetapi yang nak buat Visa on Arrival, di airport Kathmandu pun boleh. Siap on the spot. Cuma kadang-kadang kena beratur panjang.

Harga Visa On Arrival:
15 hari = USD 25
30 hari = USD 40
90 hari = USD 100

Dah ambil beg, sedia untuk keluar, pastikan bawa beg sendiri. Kalau ada yang offer untuk bawakan, sebaiknya elakkan sebab nanti kena bayar tips. Kadang-kadang sampai RM 10. Pakai troli ja, tak susah pun.

Kalau dah ada operator tunggu, tengok signboard tertera nama anda. Kalau pergi backpack, pergi ke tempat parking, tengok kaunter teksi, bayar tiket dengan harga tetap.

Elakkan private sapu melainkan anda memang dah biasa tawar menawar. Harga dari airport ke Thamel Road, sekitar 700-750 NPR. Kalau sampai malam, expect untuk extra charge sebanyak 100 NPR. Boleh tong-tong 4 orang. Itupun kalau beg tak banyak lah.

Boleh pakai buff atau penutup mulut bila nak keluar dari airport kerana Kathmandu popular dengan persekitaran yang berdebu.

2. Thamel Road

Sampai saja di Thamel Road, iaitu kawasan paling popular untuk pelancong di mana anda boleh dapat pelbagai barang seperti peralatan mendaki, pashmina, cenderahati dan kedai makan halal.

Anda boleh menggunakan apps Tootle yang boleh download secara percuma di Google Store. Apps ni ala-ala Uber, tapi naik motosikal. Harga tetap dan kita dah tau harga masa book.

Naik motor ni lebih efisien kerana jimat masa. Jenis motor yang depa guna, Scooter atau Pulsar. Maknanya selesa jugak naiknya. Untuk guna apps ni, kena ada simkad local sebab nanti owner motor nak call kita upon accepted.

Nak beli simkad? Telco yang digalakkan iaitu NCell yang dimiliki oleh Axiata. Harga untuk simkad adalah 100 NPR dan 500 NPR untuk data 2.5 GB valid untuk sebulan. Jumlahnya adalah 600 NPR. Carilah kedai yang tawarkan dengan harga tersebut.

Dokumen yang diperlukan:
i. Salinan muka depan Passport
ii. Salinan Visa Nepal
iii. Sekeping Gambar ukuran passport

Satu pasport boleh beli 2 simkad, so ready lagi satu salinan dan gambar.

 

tip-travel-ke-kathmandu-5
Kathmandu Airport
tip-travel-ke-kathmandu-6
Kalau dah ada visa, terus cari signboard ‘foreigner with visa’.
tip-travel-ke-kathmandu-7
Masjid Jamek Nepal di Kathmandu yang warna hijau

tip-travel-ke-kathmandu-8

3. Kedai Makanan Halal di Thamel

● Anatolia Restaurant
● Lanzhou Muslim Restaurant
● Syafqat Restaurant
● Al Madina Restaurant
● Ismail Restaurant

Belakang Masjid Jamek:
● Pakiza Restaurant

Labim Mall:
● KFC
● Mango Chilli
● La Marche

Masjid:
● Masjid Jamek Nepal
● Masjid Kashmiri Nepal

Surau di Thamel:
● Berdekatan Anatolia
● Tingkat 4, atas Ismail Restaurant, Chinatown

4. Pemilihan hotel

Banyak pilihan dengan pelbagai harga, bilik berdua dengan breakfast boleh dapat sekitar USD 25. Ada 24 jam air panas dan agak selesa.

Nak dorm pun ada, sekitar USD 5-8/pax. Tepuk dada, tanya selera.

Boleh jugak guna apps Booking.com & lain2 utk tempah bilik.

Antara hotel yang mewah dalam Thamel seperti Royal Penguin, Kathmandu Guest House dan Marshandi Hotel. Rate USD 50 dan ke atas. Tengok season jugak.

5. Kedai kopi popular

Himalayan Java di Mandala Street atau di Tridevi Marg.

tip-travel-ke-kathmandu-3
Anatolia Restaurant
tip-travel-ke-kathmandu-4
Syafqat Restaurant

Ni kira overview lah untuk bandar Kathmandu. Next tips adalah berkenaan makanan apa yang korang kena try, range harga makanan dan banyak lagi.

Baca pengalaman saya berjaya daki Everest selepas 6 Tahun Menunggu, 2 Kali Gagal