Saya nak kongsi tip yang telah saya guna untuk menambahbaik bahasa Inggeris.

1. Layan Filem Bahasa Inggeris

Saya ini memang Kaki Movie, semua movie best, saya akan layan premier showing, maksudnya tengok masa hari pertama tayangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Masa layan movie box office saya akan try to improve my English!

Bayangkan masa tengok filem, sambil tengok sarikata dan sambil tengok kamus di telefon Nokia kesayangan saya yang dibeli sewaktu dapat duit bonus pertama kerja di Maybank pada 2010 dan ia sampai sekarang OK lagi.

2. Layan Lagu Bahasa Inggeris

“If I let you go, I will never know, what my life would be…”

Westlife tu! Tapi bukan itu yang mahu ditunjukkan. My point is that cari maksud lirik lagu kegemaran. Yalah, kita suka dengar dan nyanyi lagu kesukaan, jadi kena tahu maksud lirik lagu itu. Baru boleh tangkap feeling lebih-lebih sikit.

Sama macam layan lagu J-Pop dan K-Pop tu, anda tahu ke maksudnya?

3. Cari Bombastic English Words

  • Camaraderie – maksudnya “comrades”, “companionship”, “friendship” atau kawan-kawan.
  • Cheerio – maksudnya “good bye” atau selamat tinggal.
  • Gigantic – maksudnya “huge”, “big impact” atau besar dan besar sangat!

See korang mesti kagum dengan vocabulary saya kan? Hahaha (Ini semua poyo!)

Try to improve and learn as many bombastic word as you can!. Orang akan nampak Bahasa Inggeris kita hebat! Padahal tahu sikit-sikit saja terms yang hebat itu kan.

Tak kisah apa orang nak cakap pada kita, yang penting kita improve our English and that will make us more confident to deal and speak with foreigner.

Apabila kita tambahkan lebih banyak “vocab”, secara tak langsung, keinginan dan kesungguhan untuk menguasai bahasa Inggeris akan meningkat. Tak percaya? Cuba dulu.

4. Gunakan Bahasa Inggeris Bila Masuk Tempat Yang Elite Seperti Butik Mewah

Pernah dengar pasal managing perception, persepsi seseorang tentang sesuatu terutamanya cara berpakaian dan status seseorang. Kalau kita pakai selekeh tapi masuk butik mewah, agak-agak sales person tu nak layan tak?

Oleh sebab itu, jika saya masuk butik “Brand” mewah, saya akan “speaking English” la dengan “salesperson” yang tu, kalau kita tak “speaking English” dengan diorang, korang rasa dia nak layan kita tak yang nampak selekeh ni?

Kita pakai selekeh tapi kita speaking English, dorang akan rasa kita ni educated dan high status. Nak masuk pun kaki menggeletar, duit bukan ada pun! “Action and potray” jer lebih.

5. Bekerja Guna Bahasa Inggeris

Anda boleh buat kerja sampingan di tempat yang memerlukan penggunaan bahasa Inggeris. Saya dulu pernah buat part-time di Extreme Park, Sunway Lagoon. Setahun kerja disitu sebelum saya sambung master pada tahun 2010.

Apa yang buat saya kagum, Mamat Bangla pun speaking English. Mana tak nya, pelanggan Sunway Lagoon semua Mat Salleh dan Pak Arab yang langsung tak reti cakap Bahasa Melayu langsung. Jadi, takkan nak guna bahasa isyarat.

So, by hook or by crook, you need improve your English at least at the level that foreigner can understand you even with your broken English!.

Saya dulu melanjutkan pelajaran di UiTM Kelantan untuk diploma dan ijazah perakaunan. Kalau saya boleh improve my English sampai boleh ambil IELTS (International English Language Test System), dapat Band 6 rasanya masa itu.

Dan saya juga boleh jadi international presenter kat University of Oxford, United Kingdom (2015), University of Edith Cowan, Perth (2014) dan Rydges Hotel, Melbourne (2013).

Saya rasa anda pun boleh kan?

Delegasi dari UiTM selepas International Conference of Financial Criminology (ICFC) bertempat di Oxford University, UK pada 2015.

Dulu SPM dapat B saja untuk subjek Bahasa Inggeris. Siapa sangka sekarang saya dah jadi international presenter for 3 consecutive years, represented UiTM after I completed my Master in Forensic Accounting & Financial Criminology (graduated 2013).

Semoga anda mendapat manfaat daripada penulisan ringkas saya ini.