Kejap sahaja sudah masuk bulan puasa. Mudah-mudahan semuanya terus bersemangat hingga ke penghujung Ramadan! Alang-alang sebut pasal semangat, anda setuju atau tidak kalau kami katakan waktu sahur sebenarnya agak mencabar untuk dilalui?

Yalah, susah nak bangun satu hal, tiada selera nak makan pun jadi masalah besar jugak. Tapi, kalau tidak bangun langsung, rugi besar pula! Sebab itu anda kena cuba tips yang kami kongsikan dekat bawah ini, biar berselera sakan time sahur nanti.

1. Jangan terlebih kenyang waktu berbuka

30700d2600444067cfe062833bcbdede6a0937f870b0a354f10484fdfc2325c4

Selalunya ramai jadi tidak keruan bila tiba waktu berbuka. Selagi ada makanan depan mata, semuanya nak dihabiskan. Bila sudah terlebih makan, confirm badan jadi cepat letih dan malas nak bergerak. Silap-silap, anda boleh terus tertidur.

Paling tidak syok, bila waktu sahur anda sudah tiada selera nak makan. Takpun ada yang malas nak bangun langsung kononnya sudah terlebih kenyang. Rugilah! Ingat guys, makan berpada-pada waktu berbuka.

2. Cari geng temankan sahur

SAHURRR

Mood sahur pasti akan jadi lebih seronok kalau ada teman berbual. Sekurang-kurangnya anda tidak rasa sunyi sangat. Jadi, jangan lupa untuk kejutkan pasangan, mak, ayah atau rakan serumah untuk bangun sahur bersama.

Bagi yang tinggal berseorangan waktu PKP ini, anda boleh cuba hubungi yang tersayang melalui panggilan video. Tapi, make sure bincang betul-betul pukul berapa nak bangun. Jangan sampai mood sahur terus hilang sebab si dia tidak jawab call.

3. Masakan dan minuman panas bikin cerah mata

emma-stone-gifs-eating-cutie-cupcake0406

Kami faham waktu sahur ini memang jadi serba tidak kena. Selalunya, mata pun terasa berat nak buka. Apatah lagi kalau terpaksa bancuh air, nak masak atau panaskan lauk, memang malaslah.

Tapi, tahu tidak sebenarnya minuman dan hidangan panas sewaktu sahur akan buat anda cerah mata dan lebih berselera. Jadi, rajin-rajinkanlah diri untuk sediakan juadah sahur panas-panas!

4. Bangun sedikit awal

3edd

Lewatkan waktu bersahur itu memang jadi tuntutan. Tapi, tidak bermakna anda boleh bangun selewat mungkin. Sebaiknya, bangunlah 15-20 minit lebih awal untuk ambil mood dan buat persiapan bersahur.

Nanti tidak adalah terjadi adegan anda kelam kabut bersahur sebab sudah nak habis waktu. Paling tragis, kalau anda bangun tapi hanya sempat minum air kosong sahaja. Kan sudah jadi tidak best!

5. Pastikan menu sahur lebih sedap

sedapnyaa

Tak adil rasanya kalau waktu berbuka sahaja anda sediakan menu yang sedap-sedap, tapi bila waktu sahur makanan ala kadar saja. Sebenarnya, anda lebih perlu utamakan menu yang menyelerakan waktu sahur juga. Barulah excited nak bangun makan.

Sama ada anda masak atau simpan sedikit juadah berbuka yang jadi kegemaran, kami yakin dengan cara ini anda lebih bersemangat nak bersahur. Tidak tahu menu apa nak masak? Jangan risau, NakMakanApa.com.my kan ada!

Jom cuba hidangan sahur ala chef!

Fried-Chicken-Mayo
Sumber: NakMakanApa.Com.My

Kami yakin ramai yang terpaksa berpuasa berseorangan waktu bulan Ramadan ini. Yelah, nak balik kampung pun tidak boleh lagi sebab Perintah Kawalan Pergerakan masih berkuatkuasa. Jadi, apa kata anda cuba resipi power daripada Lady’s Choice ini. Sedap sangat, siap makan bertambah pula sahur nanti!

Ayam bersalut keju dan mayonis
Bahan-bahan:

1) 10 ketul drumet ayam atau 2 kepingan dada ayam, dihiris besar
2) Minyak untuk menggoreng

Bahan Perapan:

1) 2cm halia, ditumbuk
2) 1 sudu besar Lady’s Choice Mayonis Sebenar
3) 1 sudu kecil jintan manis
4) 2 ulas bawang putih, ditumbuk
5) 1 sudu besar serbuk cili
6) 1 sudu besar jus lemon
7) Garam secukup rasa

Bahan Salut:

1) 1 biji telur
2) 2 cawan serbuk roti
3) 3/4 cawan keju Parmesan
4) Garam secukup rasa
5) Serbuk lada hitam secukup rasa

Topping:

1) Lady’s Choice Mayonis Sebenar

Cara Memasak:

1. Perap ayam dengan bahan perap. Tutup dan ketepikan selama sejam di dalam peti sejuk.

2. Telur dipukul sedikit dan perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.

3. Salut ayam dengan keju, celup ke dalam campuran telur dan salut ayam dengan serbuk roti.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga keemasan.

5. Sertakan Lady’s Choice Mayonis Sebenar sebagai topping di atas ayam.

6. Hidang panas!

Sumber: NakMakanApa.com.my

Nak Makan Apa sahur nanti?

Tomato-Baked-Rice
Sumber: NakMakanApa.Com.My

Tidak kisahlah anda mahu makan apa sahur nanti, tapi make sure makanan itu cukup nutrisi untuk memastikan anda kenyang dan kekal bertenaga sepanjang hari. Lepas sudah cuba pelbagai resipi di NakMakanApa.com.my, kami sarankan anda gunakan Lady’s Choice Mayonis Sebenar sebagai pelengkap hidangan waktu sahur nanti.

LC-Mayo-KV

Selain mampu menambah rasa enak berkrim pada hidangan, Lady’s Choice Mayonis Sebenar juga mengandungi Omega-3 yang sangat bermanfaat untuk kesihatan badan terutamanya pada masa kritikal nii. Eh, puasa kan sebulan, takkan satu resipi saha kami kongsi? Sebenarnya anda boleh dapatkan lebih banyak resipi masakan bernutrisi di sini. Paling penting semua sedap-sedap belaka!

Nak sahur atau berbuka, Lady’s Choice Mayonis Sebenar kan ada!

Sementara itu, anda boleh juga baca resipi-resipi menarik di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Resipi Ikan Siakap Stim Ala Thai Yang Menyelerakan Dan Mudah Ini Raih 8.5K ‘Shares’

Lebih 12K ‘Shares’, Ini Resipi Roti Mexican Ala Roti Boy Yang Gebu Dan Lazat

Lebih 1.6K ‘Shares’, Ini Resipi Mudah Lemang Guna Air Fryer Dijamin Sedap Seperti Dibakar