Dari utara ke selatan, atau sebaliknya, inilah laluan backpackers yang menjangkau keseluruhan panjang negara Vietnam. Masa tu, para travelers mesti tertanya-tanya pengangkutan manakah yang lebih ideal.

Overnight bus atau sleeper train, yang mana setiap perjalanannya pasti mengambil masa antara 8 ke 15 jam atau lebih. Antara laluan perjalanan saya yang memakan masa semalaman:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hanoi ke Sapa (12 jam dengan bas)
Hanoi ke Hue (13 jam dengan keretapi)
Hoi An ke Saigon (17 jam dengan bas)

Nasihat saya? Naiklah keretapi. Ya, memang jarang saya syorkan pilihan yang lebih mahal. Tapi daripada pengalaman saya, overnight bus agak mengerikan. Pada saya, keretapi lebih lancar. Boleh saya katakan juga perjalanannya lebih selamat, walaupun adakala boleh mengambil masa yang lebih lama daripada bas.

Biasanya lokasi stesennya juga lebih jauh sedikit daripada jalan utama, dan kosnya juga lebih tinggi sedikit. Maka tak hairanlah ramai backpackers memilih bas berbanding keretapi termasuklah saya kerana sebab-sebab diatas.

Selepas melalui malam yang panjang, dan laluan yang boleh buat kita rasa nak muntah. Esoknya anda akan lihat view menarik begini di Sapa.

Namun begitu ada juga orang yang tak kisah dengan kos. Tapi saya kisah, haha! Jadi kalau anda nak gunakan bas, ini 5 tips saya untuk membuat perjalanan kita lebih menyenangkan.

1. Jangan minum air banyak sebelum bas bertolak.

Nampak macam kelakar kan? Tapi saya dah alaminya. Saya minum air sebanyak yang saya mahu masa makan malam. Langsung tak fikir tentang bas yang akan bertolak pada jam 6 petang dan akhirnya, saya terpaksa tahan saja sebab tak dapat pergi buang air sehingga jam 10.30 malam!

Dengan bas yang tiada tandas, saya perlu menunggu sehingga pemandu berhenti di perhentian yang ditetapkan.

Ada juga dalam kes lain, jika pemandu yang nak buang air, dia akan berhenti saja di tepi jalan dan masa tu lah semua lelaki akan berpusu-pusu turun sama untuk buang air, ditepi bukit atau gunung. Haha!

Tapi ia sememangnya sukar bagi kaum wanita. Kalau berhenti di tempat yang sepatutnya pun, adakalanya tandas di perhentian tu sangat menyedihkan. Tiada tisu tandas, tiada air, kadang-kadang lampu pun tiada. Jadi jika anda nak travel overland tu, sediakan cecair pembersih tangan (hand sanitizer).

Baca: 13 Tip Travel Gaya Backpacker Di Vietnam

2. Bawa ubat dan pil mabuk

Kalau dah start rasa mabuk dengan selekoh-selekoh jalan pergunungan Sapa ni, cepat-cepatlah telan pil mabuk, teruskan berbaring, close your eyes and hope for the best. Hehe.

Ramai orang kata, perjalanan yang paling teruk adalah perjalanan bas dari Hanoi ke Sapa. Perjalanannya melalui jalan pergunungan yang bergulung dan berlopak. Dan kita terpaksa terus berbaring sebab tidak ada ruang untuk kita duduk.

Jadi telanlah sebiji dua pil mabuk, ia pasti akan menghilangkan mabuk dan membantu kita untuk tidur. Begitu jugalah kalau kita naik bas ke Dalat.

Sebaiknya cuba dapatkan bottom bunk (katil bawah) supaya kita tidak tercampak ke kiri dan kanan teruk sangat. Haha! Dan dalam masa yang sama kita boleh luruskan kaki kita ke lantai jika perlu.

Sebenarnya ada laluan lebih teruk dari Hanoi-Sapa iaitu laluan Son La-Phu Yen.

3. Bawa travel sheet / sleeping bag

View di Sapa. Memang cantik!

Jika kita duduk di katil paling belakang, kita mungkin akan berkongsi selimut dengan ornag asing. Adakalanya selimut tu buruk dan tak dibasuh, tapi seburuk-buruk selimut tu, kita tetap perlukan juga sebab angin aircond yang keluar dari celah-celah blower tu buat kita sejuk. Haha!

Jujur saya katakan, saya pernah tengok ada lipas dalam salah satu perjalanan saya. Jadi dengan adanya sleeping sheet atau selimut sendiri, kita lebih selesa dan puas hati.

Baca: Travel Solo Lebih Sebulan Melalui Vietnam Ke China Memberi Makna Berbeza Buat Lelaki Ini

4. Stand up for yourself

Inilah bas Lao Cai-Sapa (HAI VAN) yang saya lihat pemandunya cuba meminta wang daripada pelancong asing sebelum membenarkan mereka masuk ke dalam. Jika anda dalam situasi yang sama, fight! Jangan lurus sangat macam pembaris.
Ini pun sama. Pemandunya minta duit dengan pelancong asing.

Kita dah book dan bayar tiket, tapi sesetengah pemandu bas tak mahu bagi kita masuk ke dalam bas. Bunyinya gila, tapi memang ada berlaku. Saya dah lihat.

Pemandu terutamanya sebelum bas berlepas, cuba untuk minta sedikit duit kopi kepada sesiapa saja untuk  dirinya. Mungkin pihak hotel atau pengusaha pelancongan ada bayar sikit kepada mereka tapi nak lebih punya pasal,  mereka buat macam tu kat pelancong asing. Mungkinlah.

Jadi kalau berlaku kat kita, kita perlu tegas suruh mereka hubungi ajensi tiket yang kita buat tempahan dan semak untuk pastikan adakah ada masalah dengan tiket kita. Kalau tak, melayang la duit kita nanti.

Adakalanya, bila kita berada di dalam bas, satu lagi masalah adalah pemandu dan pembantu cuba untuk suruh warga asing pindah ke katil paling teruk (contohnya katil atas, atau tempat yang penghawa dinginnya bocor, ataupun ada juga disuruhnya pindah ke tempat yang paling dekat dengan enjin) supaya mereka boleh berikan tempat tidur yang lebih baik kepada penumpang tempatan.

Cara untuk menangani depa ni adalah jangan layan sama sekali. Kita dah bayar tambang yang sama seperti orang lain, jadi kita ada hak untuk pilih tempat yang kita mahu. Jadi buat bodoh, jangan layan, dan jangan bergerak. Lama-kelamaan mesti mereka beredar pergi. Hehe.

5. Jangan fikir yang bukan-bukan

Keretapi dari Hanoi ke Hue

Saya tahu, ada cerita-cerita buruk tentang bas di Vietnam ni, tapi angka kemalangan untuk overnight bas adalah rendah. Apa yang pasti, risiko tu sentiasa ada. Kalau nak baca cerita-cerita yang kurang enak tentang bas, anda boleh search google, “nightmare bus Vietnam” tapi sebenarnya saya tak galakkan anda cari. Haha.

At the end of the day, inilah satu perjudian yang kita ambil bila kita menggunakan mana-mana pengangkutan dalam dunia ni. Kena ambil tahu tentang alternatif, pros & cons, dan perbandingan harga adalah penting sebelum kita ambil keputusan untuk naik mana-mana pengangkutan.

Selepas 12 jam perjalanan yang menempuh laluan pergunungan yang bergulung, overnight bus sampai di Sapa keesokan paginya dan akan berhenti di tepi tasik bandar Sapa.

Secara keseluruhannya, saya telah mengambil 5 overnight bas sepanjang pengembaraan saya di Vietnam dan yeah, saya survive. Alhamdulillah. Walaubagaimanapun, saya mungkin tidak akan melakukannya lagi kalau melibatkan jalan-jalan di kawasan pergunungan!

Baca lagi: Itinerari Kami Travel 12 Hari Ke Cambodia Dan Vietnam Dengan Bajet RM1300 ‘All In’