Assalamualaikum,

Memandangkan ramai kawan-kawan yang bertanya tentang bajet kami ke sana, saya nak berkongsi sedikit mengenai trip bajet kami ke Korea selama 5 hari.

Basically, bajet kami ke sana semua sekali bawah RM1000. Kenapa? Kerana:

1. Tiket Flight (RM550 return / orang)

Kami beli tahun lepas lagi masa Air Asia promo. Kalau betul-betul nak flight murah, kena la rajinkan diri jenguk ke website airasia atau mana-mana syarikat lain.

2. Penginapan (RM200 / orang / 5 hari)

Masa ni ada 3 pilihan guesthouse yang kami pertimbangkan. FNguesthouse, Shinchon Hostel dan BongHouse. Lepas dah timbangtara harga dan jarak perjalanan semua, kami pilih BongHouse.

Kena selalu tengok dekat Booking.com, Agoda.com atau web-web lain. By the way, jangan tengok harga murah je terus rembat, tengok review dia dulu (accomodation, facilities, safety) dan tengok rating dia okay tak.

3. Pengangkutan (RM100 / orang)

Kami reload dalam 30 000 won (RM100) dalam kad T-money dan sekali perjalanan dia cas 1250 won.

Sebab tu kalau tempat tak jauh sangat, contoh Hongdae dan Sinchon sebelah-sebelah je, kami just jalan kaki je. Jimat gitu.

1250 pun berharga tau. Kekeke. (Incheon airport ke Seoul dalam 3000 won sehala).

Baca: Menetap Lebih 7 Tahun Di Seoul, Lelaki Ini Berkongsi 7 ‘Survival Tips’ Ke Korea Selatan

bercuti-cara-bajet-ke-korea-2
Anyonghaseyo dari bumi Korea

bercuti-cara-bajet-ke-korea-1

4. Fees (RM30 / orang)

Kebanyakan tempat kami pergi adalah tempat-tempat yang free. Tempat yang kena bayar hanya lah Namsan Cable (8500won/RM25) dan Deoksugung Palace (1000won/RM5). Kat depan Palace ni boleh try Hanbok percuma. Kat muzium boleh try tulis nama korean percuma dan macam-macam lagi sebenarnya percuma, kena rajin search je. hehe

5. Makanan (RM100 / orang)

Dari Malaysia kami keluarkan RM15 seorang untuk beli makanan kering supaya tak ada yang berlapar di tengah malam. Hehe.

Dan lebihan lagi kami gunakan untuk makanan Korea (lunch / dinner). Ada banyak restoran halal dekat Itaewon.

Antara makanan yang kami cadangkan:

Jjimtak (steam chicken), bulgogi (beef), kimchi, ohdeng (fishcakes), myeolchi (ikan bilis pedas), tteobokki, rappeokki, pungo-pang (redbean bread), hetteok dan macam-macam lagi la.

Dah datang Korea ni kena la cuba makanan dia ye dop. Tapi pastikan halal dulu ye.

Sekali sehari lunch / dinner kami spend dalam 5000w(rm20). Ini la kelebihan travel dgn buddies, boleh kongsi-kongsi makan. Jimat. Ukhuwah pun erat.

Baca: 20 Makanan Sedap Dan Mesti Dicuba Jika Anda Ke Korea Selatan

Jpeg

Itinerari

Berikut itinerari kami selama 5 hari di sana:

Hari 1

9 am – Tiba Di Incheon Airport.
12 pm – Check in di Bong Guesthouse
2 pm – Myeongdong (M-Plaza, wear Hanbok, Hk Café, Lotte Plaza/Etude House), Lunch (Street Food/ Yooganae Restoran)
5 pm – Nandaemun Market

Hari 2

9 am – Deoksugung Palace, Gwanghamun Square, Gyeonbokgung Palace (Melawat lokasi bersejarah, wear Hanbok, Guard Changing Ceremony (10Am)

12 pm – Admiral Yi Sun Shin Museum -Bukchon Hanok Village (belajar kaligrafi Korea, sightseeing)

2 pm – Insadong -Cheonggyecehon Stream (Solat, makan tengahari,sightseeing)

5 pm – Namsan Tower (sightseeing, lihat pemandangan waktu malam (Cable Car 8500W))

Hari 3

9 am -Ihwa Mural Village (sightseeing mural)

12 pm – Itaewon, masjid Seoul (melawat masjid dan solat)

2 pm – Itaewon (makan tengahhari di Eid halal restaurant)

5 pm – Apgujeong / Gangnam (seightseeing Di Kstarroad/ Gangnam-dol, Coex Artium, fashion street)

Hari 4

9am – Yeouido Park (Visit KBS TV Open Studio / MBC, sightseeing, blossoming sakura)

12pm – Hangang Park (solat, picnic, sightseeing, cycling, Hangang Bridge)

2pm – Hongdae Street, Shincon Street (sightseeing, young street performance, dance, singing, magic)

5pm – Sindang (Dinner (Sindang Tteokbokki, Town, Rappeokki / Patbingsu)

Day 5

9am – Ewha Woman University (sightseeing, Sakura blossom, Ewha Street)

12pm – Ewha Woman University (Solat, visit museum)

2pm – Nandaemun Market (shopping)

5pm – Myeongdong (shopping, dinner)

Hari 6

Balik ke Malaysia

Jpeg

Alhamdulillah, semuanya selamat. Terima kasih atas doa daripada keluarga dan sahabat-sahabat semua.

Kepada ma dan ayah yang hari-hari tanya khabar anak dia ni kat sana, jangan risau dah deh. Hehe. Got special present for you.

Kepada Travel Buddies, Zu, Riza Asma’a dan Syafiqah, terima kasih sebab berani sahut cabaran ke sana dan sudi layan kerenah saya ni. Moga ukhuwah yang bertaut ini kekal kuat selamanya. Amin.

Even we far from everyone, does not mean we far from Him. Have faith.

Baca lagi: Perkongsian Itinerari Pusing Satu Korea Selatan 7 Hari Dengan Bajet RM1800