Nota Editor: Travel dalam kumpulan bukanlah perkara yang mudah terutama bagi mereka yang sudah terbiasa travel secara solo. Kebimbangan utama adalah jika anda gagal ngam dengan travel buddies yang lain hingga tidak lagi rasa seronok dan enjoy di sepanjang pengembaraan.

Kami bawakan 5 tips bagaimana untuk bawa diri dan travel dalam kumpulan yang ramai seperti yang telah dikongsikan oleh TMLBackPackers.com. Semoga ia dapat dijadikan rujukan buat anda yang dalam dilema – nak travel solo atau berkumpulan?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

tip-travel-berkumpulan-1

Ya, bukan senang sebenarnya nak travel dalam group, lebih-lebih lagi dengan orang yang kita tak kenal langsung. Kami semua dari background yang berlainan.

Ada yang dari Sabah, ada yang dari Perak, dan ada juga yang dari Johor. Yang satukan kami semua adalah, ‘Travel’.

Disini, suka kiranya saya share 5 Faktor Penting Supaya Travel Dalam Group Berjaya Dan Happy:

1. Gantikan perkataan ‘SAYA’ dengan ‘KAMI’.

tip-travel-berkumpulan-2

Bila kita travel dalam kumpulan, tiada istilah buat sendiri-sendiri. Semuanya kita buat bersama.

Sebagai contoh, stok makanan yang kami bawa dari Malaysia hampir 40kg. Kalau nak pikul 40kg atas badan sorang, memang tak larat.

Apa yang kami buat, 1 trolley bag kami isi 22kg dan selebihnya kami agihkan sorang sikit (kami pergi berlapan).

Bag trolley tu pulak ditolak secara bergilir-gilir. Bukan setakat itu aje, konteks ‘Kami’ ni luas. Maknanya, semua benda pun bincang sama-sama.

2. Wujudkan ‘bonding’ di dalam kumpulan.

tip-travel-berkumpulan-6

Cipta aktiviti yang boleh dilakukan bersama. Memang tak dinafikan, hari pertama semua malu-malu. Ajak tangkap gambar pun segan-segan.

Tapi bila masuk hari kedua, dah kurang sikit segan. Dah boleh selfie sama-sama.

Antara aktiviti yang kami buat bersama adalah masak dan makan. Boleh dikatakan setiap hari kami makan bersama. Dari sarapan sampai lah ke makan malam.

Kami sangat beruntung dapat sorang travel buddy yang rajin memasak! Highlight of the trip, makan nasi lemak siap ada daun pandan semasa di Abisko, Sweden. Awesome kan?

Baca:
7 Langkah Dan Cara Pakai Baju Yang Sesuai Bila Travel Ke Negara Sejuk Melampau

3. Buang ego.

tip-travel-berkumpulan-4

Kalau selama ni kita ni jenis dah biasa travel sorang, dah biasa jadi leader. Tapi bila kita dalam kumpulan, apa salahnya kita saling hormat menghormati pandangan dari kaca mata yang berbeza.

Memang tak dinafikan, setiap manusia mempunyai ego yang tersendiri. Tapi kena ingat, ego tinggi-tinggi nak pergi mana?

Alhamdulillah sepanjang trip terbaru mengejar aurora borealis  ini kami sangat happy. Masing-masing jenis yang memahami, dan sangat suka membantu.

Malahan tengah sesat pun kami boleh gelak bersama. Dah kata pergi travel, sesat tu biasa lah kan?

4. Untuk happy, aura dalam kumpulan pun penting.

tip-travel-berkumpulan-5

Buang segala perasaan negatif, gantikan dengan yang positif. Kalau bangun tidur rasa moody, buang perasaan tu cepat-cepat.

Kenapa saya cakap aura positif ni penting? Okay, cuba bayangkan kita moody masa bangun tidur. Rakan yang lain tengah happy, tengok muka monyok, boleh spoil mood dorang.

Jadinya, kita sendiri kena kawal emosi kita. Jangan sebab kita moody, kita jejaskan emosi rakan-rakan yang lain. Kita pergi travel untuk happy, bukan untuk stress.

Sepanjang trip artik, perkara yang paling happy bila dapat wake-up message dari travel buddy, “makanan dah siap, jom makan!” Siapa tak happy bila bangun tidur dapat makan?

5. Jangan berkira

tip-travel-berkumpulan-3

Bila travel, jangan berkira dari segala segi, sama ada barang, duit ataupun makanan. Lagi-lagi bila dah tercampak kat tempat sejuk beku, masing-masing perlukan support yang kuat daripada team members.

Ketika join aurora tour, suhu drop ke -27C. Kalau ikutkan, memang rasa dah tak boleh nak bertahan.

Lagi sekali, kami beruntung mempunyai seorang travel buddy yang awesome, yang sudi bagi setiap sorang seketul warm patch.

Kalau kat Malaysia, harga warm patch RM5/paket. Di sana, harganya sangat tak ternilai!

Bila berada di tempat orang, sekuat mana pun kita, pasti akan ada satu ketika kita perlukan bantuan daripada orang lain.

Baca lagi: 10 Persoalan Asas Yang Perlu Diketahui Sewaktu Anda Merancang Untuk Travel

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram