Apabila seorang traveler asyik berkongsi tentang pengalaman dia travel, kadangkala ia menimbulkan rasa cemburu kepada traveler lain terutamanya bagi mereka yang baru berjinak jinak dalam aktiviti atau hobi ini. Kewangan merupakan KEKANGAN nombor 1 yang sering diutarakan oleh mereka.

Kami di Venuesia ingin berkongsi bagaimana pengasas kami TRAVEL dengan perbelanjaan dibiayai oleh pihak lain. Ini merupakan pengalaman beliau sendiri bagaimana merealisasikan, ‘Travel Berbayar’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menggunakan sebahagian masa travel dengan menjadi Personal Shopper, beliau telah berjaya membuat 2 trip percuma pada tahun 2015.

dibayar-untuk-travel-1

Terbang tinggi dengan kos perbelanjaan ditanggung pihak pengirim. Best kan

dibayar-untuk-travel-4

Siapa tak nak travel percuma kan?

Di sini kami ingin berkongsi cara bagaimana anda boleh menjadi personal shopper kepada orang lain dan memastikan perbelanjaan travel anda dibiayai oleh pengirim barang.

Terlibat dalam perniagaan pakaian, pengasas kami mula menjadi Personal Shopper pada akhir tahun 2014. Beliau akan memilih produk yang MUDAH DIPEROLEHI disekitar kawasan travel.

Memilih produk yang harganya lebih MURAH berbanding di pasaran Malaysia dan MUDAH dibawa pulang (tidak besar atau berat). Dia juga memilih produk yang DIPERLUKAN komuniti atau lingkungan rakan yang mengenali beliau.

Sekiranya anda pertama kali ingin berbuat demikian, ini adalah garis panduan awal sebelum anda memilih untuk menjadi Personal Shopper.

Untuk lebih mudah dan jelas, lihat soalan garis panduan melalui contoh yang disediakan.

Baca: Masih Belajar Tapi Nak Travel? Ini 5 Cara Jana Pendapatan Sampingan Sebagai Pelajar

dibayar-untuk-travel-6

Jauh perjalanan luas pemandangan – Sri Lanka

dibayar-untuk-travel-5

Pengalaman memetik epal ketika travel

Katakan, anda BAKAL ke Jepun.

1. Ketahui, apa yang istimewa di tempat yang bakal dilawati?

Kami beri 1 contoh produk. Seluar jeans jenama Evisu.

2. Adakah, produk ini produk pilihan masa kini?

Ya, di Malaysia terdapat lebih kurang 5 sahaja butik asli jenama ini. Namun begitu, komuniti atau peminat tetap jenama ini, sanggup berbelanja sehingga ribuan ringgit untuk sehelai seluar.

3) Di mana saya boleh beli produk tersebut tanpa menganggu perjalanan ‘travel’ saya?

Butik menjual produk jenama ini terdapat di seluruh Jepun dan ia memang terkenal di sana.

4) Berapa harga produk itu di sana, dan di Malaysia?

Bermula dari RM400-RM2,000 di Malaysia dan boleh dibeli serendah separuh harga di Jepun.

5) Sukarkah untuk saya mengambil tempahan?

Tidak, jika pemasaran anda dilakukan pada golongan yang tepat.

dibayar-untuk-travel-2

Kulit asli yang dibeli dari luar negara dan diproses sendiri. Pembelian kulit asli dari luar juga sangat murah dan boleh membantu menjana kewangan selepas pulang.

Anda perlu buat sedikit kajian sebelum pergi. Ketika pengasas kami pergi buat pertama kalinya sebagai Personal Shopper, beliau menggunakan INSTAGRAM dan GOOGLE sebagai medium untuk mengenali dan menghubungi pembekal.

Melihat produk-produk jualan pembekal dan juga track record pembekal berdasarkan komen pelanggan.

Setelah yakin dengan pembekal dan memilih produk yang ingin dibeli, beliau menghubungi pembekal tersebut dan bertanyakan proses, stok, tempoh masa dan harga.

Selepas mendapat harga, beliau akan membandingkan harga tersebut dengan harga pasaran tempatan. Sekiranya ianya separuh harga dari harga jualan, beliau akan putuskan untuk mempromosikan produk tersebut.

Langkah berikutnya, beliau mula mendekati golongan bakal prospek dengan mengikuti mereka di group-group FACEBOOK & WHATSAPP.

Proses ini penting sebelum membuat jualan. Ini adalah proses, MEMBINA KEPERCAYAAN. Jika anda dipercayai, tempahan anda akan lebih banyak dan proses itu lebih mudah.

Masa yang sesuai untuk mendekati komuniti atau group baru adalah diantara 2-3 bulan awal sebelum TRAVEL.

Kebiasannya, pengasas kami akan mempromosi lebih kurang 3 minggu sebelum TRAVEL. Beliau memberitahu tentang produk yang bakal dibawa pulang.

TARIKAN UTAMA pastinya, harga yang lebih murah. Katakan harga pasaran Malaysia adalah RM1,000/unit. Jualkanlah pada harga sekitar RM700-800/unit.

Pastikan harga beli adalah sekitar RM500-550/unit. Jadi, untuk setiap unit, anda boleh membuat keuntungan sekitar RM150-300.

dibayar-untuk-travel-3

Idea yang diperolehi selepas pulang travel dan dijana sebagai pendapatan dan tabungan trip berikutnya.

Pengalaman pengasas kami sendiri, pernah memperolehi keuntungan, melebihi dari kos perjalanan TRAVEL beliau, malahan, keuntungan itu dibawa kepada trip akan datang.

1. Beberapa perkara penting adalah, jika anda baru, JANGAN TAMAK. Ketika pertama kali menjadi Personal Shopper juga, beliau tidak berjaya menampung keseluruhan perbelanjaan.

2. Elakkan produk yang perlu ditempah secara custom made. Pengasas kami pernah menanggung kerugian ditipu hingga terpaksa membayar kembali wang pengirim.

3. Elakkan mengambil terlalu banyak produk atau tempat pembekal. Anda ingin jadikan aktiviti ini sebagai sampingan, bukan gangguan trip travel anda.

4. Pilih produk yang anda gemar sebaik-baiknya atau pelajari serba sedikit terlebih dahulu agar anda tidak mempromosi seperti orang yang tidak tahu apa. Ini menyebabkan tempahan anda kurang.

5. Akhir sekali, ambil bayaran penuh untuk tempahan. Pastikan maklumat cukai serta ketahui apa yang tidak boleh dibawa keluar dari negara yang anda lawati serta bolehkah produk itu dibawa masuk ke Malaysia.

Baca lagi 20 Cara Buat Duit Untuk Anda Yang Suka Travel