“Welcome to Uniqlo!” ucapan yang biasa anda anda dengar apabila anda memasuki outlet Uniqlo di Malaysia. Mastermind di sebalik jenama Uniqlo ini adalah Tadashi Yanai. Tadashi adalah individu paling kaya di Jepun buat masa ini dengan nilai kekayaan USD 18.8 billion.

Bermula pada tahun 1984, kini dianggarkan terdapat 1,400 cawangan Uniqlo di seluruh dunia dengan lebih kurang 30,000 pekerja bekerja di bawah branding Uniqlo ini. Bagaimana Tadashi berjaya menaikkan nama jenama Uniqlo ini? Melalui temubual bersama CNA Insider, Tadashi berkongsi 5 perkara yang menjadikan Uniqlo jenama yang dikenali di seluruh dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Tidak takut kepada kegagalan

Uniqlo us

Menurut Tadashi, kebanyakkan orang takutkan kegagalan. Ketika jenama ini mula-mula mengembangkan perniagaan mereka ke luar negara, Uniqlo menghadapi kegagalan di beberapa negara besar seperti di Britain, Amerika syarikat dan China. 3 negara ini adalah negara dengan bilangan konsumer yang ramai tetapi bagi Tadashi, beliau tidak melihat kegagalan itu sebagai kegagalan, sebaliknya sebagai cabaran. Kini Uniqlo kembali dengan lebih kuat ke negara-negara ini dengan China mempunyai lebih kurang 211 outlet Uniqlo dan Amerika Syarikat dengan lebih 200 outlet di serata Amerika.

2. Belajar dari jenama lain

hm

Untuk menjadi jenama yang bagus, Tadashi membuat research terhadap jenama-jenama besar dunia seperti Marks & Spencer, Next, Gap, H&M dan Zara. Untuk division sukan, Nike dan Adidas turut berada dalam radar Uniqlo. Tadashi juga tidak mahu Uniqlo sekadar selesa dengan apa yang ada dan mahu Uniqlo berkembang dari masa ke semasa. Misi Uniqlo adalah untuk menjadi jenama pakaian terbesar dunia pada tahun 2020.

3. Jadi seorang bos yang tegas

Apa logik untuk anda jadi seorang bos yang tegas? Tadashi beranggapan jika beliau tidak tegas, pekerja dan team beliau tidak akan berkembang dan improve. Baginya, jika tiada ‘tolakan’, mereka tidak dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik. Beliau mahu pekerjanya sentiasa dalam keadaan full potential ketika bekerja.

4. Prinsip tukar atau berkubur

ibm

Tadashi sentiasa berpegang pada prinsip tukar atau berkubur. Beliau turut memberi contoh syarikat komputer IBM pernah mengeluarkan produk mesin daging dan mesin punch card pada suatu ketika. General Electric yang merupakan satu syarikat besar turut mempunyai produk lampu mentol. Bagi beliau, jika kamu tidak berubah, syarikat kamu tidak akan bertahan lama.

5. Cari individu yang betul untuk bisnes anda

Tadashi merupakan CEO, owner, chairman dan president untuk jenama Uniqlo. Buat masa ini, beliau tidak memerlukan atau mencari pengganti kerana beliau masih mampu menjaga jenama itu. Sampai satu masa, beliau tetap perlu mencari pengganti. Apabila sampai masa itu, CEO Uniqlo yang akan baru akan membawa Uniqlo terus maju dalam industri fesyen dengan pasukan yang beliau akan bentuk.

Begitulah falsafah perniagaan dari Tadashi Yanai. Bukan mudah untuk membina empayar seperti Uniqlo tetapi jika Uniqlo boleh, mengapa jenama anda tidak boleh?

Sumber