Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini pasti anda berasa bosan dan tidak tahu ingin masak apa di rumah, bukan? Pening kepala untuk cari resipi yang sedap dan mudah untuk dicuba.

Tidak perlu pening kepala lagi. Kami kongsikan kepada anda beberapa YouTube Channel yang anda boleh ikuti untuk lihat resipi yang mudah dan sedap untuk dicuba. Sudah bersedia? Ayuh kita mulakan!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Che Nom

Rasanya ramai yang tahu akan channel Che Nom ini. Buat anda yang gemar masakan Melayu, dan pelbagai lagi menu yang menarik bolehlah lihat perkongsian daripada Che Nom. Memang menghiburkan!

2. Adam Liaw

Bukan hanya anda akan dapat resipi enak tetapi anda juga akan dapat perkongsian tip daripada Adam Liaw. Untuk pengetahuan anda, Adam Liaw merupakan juara Masterchef dan setiap video yang ditampilkan akan diterangkan dengan menyeluruh. Kiranya anda akan faham kenapa bahan-bahan tertentu akan digunakan untuk jadikan makanan anda sedap.

3. Danish Harraz

Anda dapat melihat teletah chef cilik Danish Harraz memasak di dapur. Mungkin jika anak-anak anda melihat Danish beraksi di dapur akan menimbulkan minat untuk anak-anak jadi seorang chef apabila dewasa kelak.

4. Khairul Aming

https://youtu.be/fmJrzz-jsKw

Rata-rata rakyat Malaysia sering melihat resipi mudah yang dimuat naik oleh Khairul Aming, bukan? Terdapat pelbagai resipi mudah dikongsikan oleh Khairul Aming yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

5. Tasty

Ini salah satu channel yang menyajikan anda pelbagai resipi menarik dan menghiburkan. Banyak resipi yang dikongsikan oleh Tasty ini dan anda boleh dapatkan resipi yang bagus di sini.

Extra:

Bagi pembaca The Vocket pasti kenal Bella Zahir, bukan? Bella juga telah hadir dengan YouTube Channelnya sendiri dimana beliau berkongsi resipi-resipi menarik untuk anda. Bolehlah menjenguk ke channel Bella Zahir di YouTube.

Apa tunggu lagi? Ikuti channels memasak yang dikongsikan ini. Pasti anda boleh jadi chef terbaik di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Mana tahu lepas ini boleh buka bisnes atau buat sendiri channel YouTube.

Anda juga boleh dapatkan resipi-resipi menarik di The Vocket dengan hanya klik pautan di bawah ini.

Dalgona Coffee Jadi Kegilaan Netizen, Ini 5 Resipi Dalgona Lain Yang Anda Boleh Cuba Di Rumah

Ketahui Resipi Roti Gebu Yang Mudah Dibuat Sendiri Dengan Hanya Bermodalkan RM5

Resipi ‘Daging Bakar Danok’ Yang Pasti Membuat Anda Terliur