Seperti kita sedia maklum, Apple sangat menitik beratkan kualiti setiap barangan yang ingin ditawarkan. Negara kita sendiri sebelum ini berjaya terpilih menjadi pengeluar rasmi produk Apple iaitu Mac mini baharu dan juga Mac Studio.

Apple pada ketika ini sedang memberi fokus kepada pengeluaran telefon pintarnya iaitu siri iPhone 15 kerana bakal dilancarkan pada tahun ini. Bagaimanapun, syarikat gergasi itu dilaporkan menghadapi kesukaran dalam memindahkan pengeluaran iPhone daripada China ke India.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: YouTube

Laporan baharu mengatakan hanya sekitar 50% casing iPhone yang dihasilkan di India tidak menepati kualiti Apple. Di samping itu, kelajuan pengeluaran juga dikatakan menghadapi cabaran di India berbanding dengan di China yang sering menghasilkan pengeluaran dengan pantas dan menepati tarikh yang ditetapkan oleh Apple.

Malah, kadang-kala pengeluaran di China dapat diselesaikan dengan lebih awal berbanding dengan tarikh yang ditetapkan. Terdapat juga sejumlah cabaran lain yang dihadapi termasuklah logistik dan lain-lain dalam pengeluaran Apple di luar China.

Apple dikatakan kini menfokuskan kepada pelan jangka masa panjang dalam menambah-baik pengeluaran di India. Setakat ini, pihak Apple cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam masa yang sama cuba menyesuaikan diri dengan operasi di India.

Sumber