Mula memasuki pasaran Malaysia 23 tahun dahulu, siapa sangka cawangan Burger King terus berjaya menapak di Malaysia dan baru sahaja membuka cawangan ke-100 mereka Sabtu lalu.

Bersempena dengan pembukaan cawangan ke-100 mereka di IPC Shopping Centre, restoran ini membawakan kembali konsep garden grill bersesuaian dengan menu autentik mereka iaitu flame grill burger.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
78169464_2723523307705363_2714074277694406656_o
Sumber: redchili21

Melihat kepada sambutan orang ramai terhadap cawangan mereka, Burger King Malaysia bercadang untuk membuka lebih 50 cawangan sepanjang dua tahun ini berbekalkan dana sebanyak RM65 juta.

Pertambahan cawangan Burger King ini sekaligus bakal membuka peluang kepada orang ramai untuk menikmati keunikan burger yang ditawarkan oleh francais ini.

Pada minggu lalu kita dikejutkan dengan berita penutupan cawangan A&W Malaysia di Petaling Jaya yang bakal ditutup. Turut dikongsikan, cadangan Sushi King yang sedia membuka 65 cawangan menjelang 2024.

Selepas 55 Tahun, Cawangan A&W Malaysia Di Petaling Jaya Bakal Ditutup

Sushi King Cadang Membuka 65 Cawangan Lagi Menjelang 2024