Lama sebelum kripto wang menjadi bualan ramai, penyanyi rap tersohor 50 Cent pernah menawarkan pembelian album beliau yang dikeluarkan pada tahun 2014 menggunakan bitcoin.

Memandangkan bitcoin pada ketika itu bukanlah sebuah fenomena yang besar seperti pada hari ini, penyanyi ini tidak menyangka penjualan album menggunakan medium kripto wang berjaya membuatkan beliau jutawan malah dikatakan beliau telahpun lupa mengenainya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

50-cent-millions-album-bitcoin-Animal-Ambition-0

Berdasarkan laporan daripada TMZ, 50 Cent dikatakan berjaya memperoleh 700 BTC melalui hasil penjualan album yang dibuat. Lebih epik, beliau baru sahaja sedar yang beliau merupakan jutawan bitcoin setelah menyemak jumlah kripto wang yang disimpannya tanpa sedar.

Berdasarkan nilai bitcoin terkini jumlah yang dipegang 50 Cent kini mencecah $7.75 juta (~RM30 juta). Jumlah yang dipegang kini sangat ketara berbanding empat tahun lalu dimana harga bagi 1 BTC bersamaan $662 berbanding harga kini yang ditawarkan pada harga $11,200. Penyanyi rap ini turut berkongsi kegembiraan beliau di laman Instagram miliknya.

50 cent bitcoin

Siapa sangka penyanyi rap ini berjaya menjadi yang terawal menawarkan album menggunakan bitcoin dan hasil daripadanya telah menjadi pelaburan paling berbaloi buat dirinya. Kini 50 Cent mempunyai pilihan untuk terus menyimpan bitcoin miliknya atau menjualnya untuk mendapatkan wang tunai.

Sumber