Selepas tularnya gambar trafik sesak di tol Bentong semalam, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata lebih 500 kenderaan diarah berpatah balik melalui 3 sekatan jalan raya utama memasuki negeri itu.

Beliau menambah selain tidak mempunyai surat kebenaran rentas negeri, ada pengguna yang memeri alasan tidak munasabah untuk memasuki Kelantan. Begitu juga ada yang berani dengan mencetak surat kebenaran rentas negeri tanpa sebarang cop kebenaran pihak berkuasa.

“Ramai yang diarahkan berpatah balik kerana tiada surat kebenaran rentas negeri, malah ada yang lebih berani apabila mencetak surat itu tanpa sebarang pengesahan (polis).

“Saya anggap tindakan itu sebagai cuba nasib, namun kita berjaya kesan cubaan itu sebelum mereka dikenakan kompaun dan diarahkan berpatah balik,” kata Datuk Shafien Mamat kepada wartawan Harian Metro.

Dari segi jumlah kemasukan kenderaan ke Kelantan beberapa hari kebelakangan ini, berlaku peningkatan sebanyak tujuh peratus berbanding hari biasa walaupun negeri itu berstatus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam masa yang sama, pihak polis juga menasihati anak Kelantan yang berada di luar negeri supaya janganlah cuba nasib masuk balik ke Kelantan untuk sambutan hari raya tahun ini. Ia merupakan tanggungjawab sosial rakyat dan kerajaan untuk memutuskan rantaian COVID-19 yang kian meningkat setiap hari.

Lan Pet Pet dilaporkan telah berdaman dengan penghantar makanan dan kes yang tular tempoh hari hanya sekadar salah faham. Baca lagi pada pautan di bawah.

Sekadar Salah Faham, Lan Pet Pet Dan Penghantar Makanan Disahkan Berdamai

Influencer Kembali Jadi Buah Mulut Netizen, Kali Ini Kerana Konten ‘Alasan Rentas Negeri’

Sumber