Sudah diumumkan Perdana Menteri Malaysia menerusi sidang media baru-baru ini, nampaknya masih ramai lagi individu yang sanggup merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya yang bakal tiba.

Menerusi laporan terbaru, kira-kira 500 kenderaan telah ditahan kerana cuba merentasi negeri untuk pulang ke kampung. Kenderaan-kenderaan ini seterusnya telah dihalang untuk meneruskan perjalanan serta diarah untuk patah balik.

BeFunky-collage-10
HYPE
Ini Rahsia Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan Pilihan Terbaik Para Ibu
Baca lagi →
Ipoh

Sumber: buletin online

Melihat kepada jumlah pemandu yang tinggi dalam mengingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kompaun bakal dikenakan buat individu yang bersalah.

Tambahnya lagi, beliau berharap tidak ramai individu yang memilih jalan untuk dikenakan kompaun memandangkan duit bayaran kompaun lebih elok dibelanjakan untuk perkara yang lain.

Kami kongsikan pengumuman yang dibuat oleh pihak kerajaan sempena PKPB yang sedang berlangsung.

PKPB Disambung 4 Minggu Lagi, Tiada Perjalanan Rentas Negeri Balik Kampung Dibenarkan

PKPB Bolehkan Empat Sekeluarga Keluar Rumah Menaiki Sebuah Kenderaan

Anda Mungkin Suka