Sebut mengenai Apple pasti orang ramai cukup kenal dengan jenama ini. Berjaya menawarkan seleksi gadget dengan harga yang premium antara yang menjadi identiti jenama ini.

Di sebalik penawaran harga yang tinggi daripada Apple, jenama ini nampaknya seakan tidak mempunyai masalah untuk menawarkan produk mereka pada sejumlah besar peminat seluruh dunia.

wistron-estimates-loss-in-employees-violence-at-karnataka-plant-at-rs-437-70-crore

Sumber: the economic times

Permintaan yang tinggi serta isu melibatkan penghasilan antara yang mendesak Apple untuk melebarkan sayap dengan menambah jumlah kilang penghasilan di India selain kilang yang tersedia di China.

Walau bagaimanapun, kilang yang diharap mampu meningkatkan jumlah penghasilan produk Apple nampaknya memakan diri syarikat Wistron dari Taiwan yang bertanggungjawab menghasilkan produk Apple di India.

12EKGF1_pic

Berdasarkan laporan, syarikat Wistron gagal membayar sejumlah besar gaji pekerja mengikut tarikh yang dijanjikan antara yang menjadi punca usaha rusuhan besar melibatkan lebih 5,000 pekerja di kilang berkenaan dilangsungkan.

Rusuhan yang dijalankan dengan merosakkan dan mencuri barang kelengkapan kilang melibatkan iPhone, produk elektronik, penghawa dingin dan sebagainya telah membuatkan syarikat ini terpaksa menanggung rugi sehingga ₹437 crore (RM240 juta).

Lebih parah, rusuhan ini turut disertai oleh lebih 2,000 individu tidak dikenali yang turut sama menghacurkan kilang ini. Setakat ini, lebih 150 individu telah dikenal pasti terlibat dengan rusuhan besar-besaran yang berlansung di Karnataka ini.

Memaklumkan kepada media, pihak kilang ini juga nyata terkejut dengan rusuhan yang dibuat oleh ribuan pekerja ini setelah mendakwa kelewatan gaji yang berlaku bukanlah melibatkan sehingga berbulan-bulan sebaliknya cuma empat hari.

Berdasarkan ura-ura baharu, Apple mungkin tidak lagi sertakan kabel USB bersama iPhone 13 pada tahun hadapan.

Apple iPhone 13 Mungkin Tidak Lagi Didatangkan Dengan Kabel USB Bersama

Malaysia Antara Negara Termurah Untuk Dapatkan Apple iPhone 12

Selepas China, Apple Memilih India Sebagai Kilang Pemasangan iPhone

Anda Mungkin Suka