Walaupun menerima banyak rungutan daripada pelanggan tetapi nampaknya promosi 5 juta tempat duduk percuma AirAsia tetap mendapat sambutan hangat apabila setengah juta tempat duduk dijual bagi penerbangan jarak dekat dan jauh dalam masa 48 jam sahaja.

Bagi merangsang lagi pemulihan industri perjalanan dan pelancongan di rantau ini, AirAsia telah melancarkan jualan 5 juta tempat duduk percuma pada hari Isnin yang lalu dan jualan ini akan tamat pada 25 September 2022.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ini merupakan satu pencapaian luar biasa untuk syarikat penerbangan dan industri pelancongan secara keseluruhan berikutan sekatan perjalanan yang hampir tiga tahun. Malah, ia merupakan jualan pecah rekod untuk AirAsia dengan jumlah tempat duduk tertinggi dijual pada setiap hari sejak bermulanya COVID-19.

Antara destinasi jarak dekat popular yang telah ditempah adalah Langkawi, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu di Malaysia serta Phuket, Krabi dan Chiang Mai di Thailand, Bali di Indonesia dan Cebu di Filipina.

Manakala penerbangan jarak jauh melalui AirAsia X dan Thai AirAsia X turut tersedia dengan tambang lebih nilai bermula daripada RM499 (termasuk cukai dan caj berkenaan) ke destinasi popular dari Kuala Lumpur dan Bangkok ke Korea Selatan, (Seoul), Australia (Melbourne, Sydney, Perth, Auckland), India (New Delhi) dan destinasi baharu ke Timur Tengah (Jeddah) dan Jepun (Tokyo dan Sapporo).

Sementara itu, jika anda mahu dapatkan deals terbaik setiap masa, anda boleh dapatkan pas SUPER+ kerana ia membolehkan anda untuk membeli tiket penerbangan dengan harga yang murah.

Jika anda mahu jadi pemegang pas SUPER+ bolehlah dapatkan di website AirAsia dan gunakan refferal code ini 26FB34658E4555 untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM10 ketika pembelian pas.