Sekiranya anda merupakan warga Kuala Lumpur dan peminat nasi kandar pastinya anda cukup tahu dengan Restoran Kudu bin Abdul yang menawarkan nasi kandar hampir separuh abad di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit.

Lauk Ayam sambal bawang dan daging kicap yang enak antara yang menjadi tarikan di restoran ini sehinggakan orang ramai sanggup beratur panjang untuk menjamah di restoran ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi laporan daripada Malaysian Insight, berikutan tempoh pandemik yang panjang serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung, pemilik Nasi Kandar Kudu, Haja Nordin Bashid memaklumkan perniagaan mereka turut terkesan serta tidak tahu sehingga bila perniagaan mereka mampu bertahan.

Keluhan yang dibuat ternyata membuatkan para peminat nasi kandar restoran ini berasa sedih dengan kenyataan yang dibuat serta berharap restoran ikonik ini mampu bertahan untuk tempoh yang lebih panjang.

https://twitter.com/poqbong/status/1403224446362546178

Untuk pengetahuan, restoran ini mulai dibuka pada tahun 1969 dan menggunakan resipi original dari Pulau Pinang. Restoran ini turut menjadi pilihan pengunjung dalam dan luar negara. Selain itu, Allahyarham P Ramlee antara yang suka menjamah di restoran ini.

Kemas kini: Menerusi mesej terbaru yang kami terima, wakil pemilik Restoran Nasi Kandar Kudu mengesahkan pihak mereka tidak berniat untuk menutup kedai mereka dan laporan yang dikeluarkan Malaysian Insight adalah tidak tepat. Sepanjang PKP berlangsung, Restoran Nasi Kandar Kudu sedia dibuka bermula jam 8 pagi sehingga 7 petang.

Tular pada minggu ini apabila Chef Wan menasihatkan Aliff Syukri untuk memperbaiki resipi produk beliau sebelum dijual kepada orang ramai.

Chef Wan Nasihat Aliff Syukri Perbaiki Resipi Produk Sebelum Jual Kepada Orang Ramai

Penangan BTS Meal, 20 Cawangan McDonald’s Indonesia Terpaksa Ditutup Buat Sementara Waktu