Pastinya anda di rumah sudah mula berasa bosan dan tidak tahu ingin buat apa ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini, bukan?

Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di rumah bersama keluarga ataupun rakan anda untuk menghilangkan kebosanan. Tidaklah hanya berjalan ke bilik tidur, ruang tamu dan dapur sahaja.

Realme-7-Pro-Sun-Kissed-SpecIal-Edition
HYPE
Serba Lengkap, Unik Dengan Vegan Micrograin Leather, Ini 5 Sebab realme 7 Pro Special Edition Berbaloi Untuk Dimiliki
Baca lagi →

Kami senaraikan beberapa aktiviti bermanfaat yang anda boleh lakukan sepanjang perintah ini dilaksanakan.

1. Tonton pelbagai rancangan

Buat anda yang tidak tahu ingin buat apa, anda bolehlah tonton pelbagai rancangan menarik di kaca TV ataupun di iflix dan Netflix. Jika anda pengguna Netflix, anda boleh tonton pelbagai drama siri yang menarik atau tonton dokumentari yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan anda.

Selain itu, anda juga boleh menonton pelbagai rancangan menarik di iflix. Untuk pengetahuan anda, Iflix kini membenarkan anda menonton rancangan di iflix secara percuma.

2. Baca buku

Ini saatnya anda meluangkan masa untuk baca buku yang lama berada dalam rak buku anda. Anda boleh baca pelbagai jenis buku yang pastinya sedikit sebanyak akan membuatkan anda berfikir lebih kotak dan fokus.

adult-beverage-blanket-1550648-1360×907

Sumber: Rukita

Jika anda tiada buku untuk dibaca, jangan risau kerana anda boleh baca lebih 13.2 juta bahan digital secara percuma yang disediakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Anda hanya perlu muat turun aplikasi Libby dalam telefon pintar anda.

3. Cuba resipi

Apa kata anda cuba resipi baru dan serlahkan skill anda di rumah. Jika anda tidak pandai masak, ini masanya anda belajar dan polish skill anda agar boleh memasak.

View this post on Instagram

Roti Sangkaya . . Bahan2/Ingredients: 🌕6 daun pandan saiz kecil (6 small size pandan leaves) 🌕1/2 cawan air (1/2 cup water) 🌕 1 biji telur (1 egg) 🌕1 sudu gula melaka (1 tbsp palm sugar) 🌕2 sudu gula putih (2 tbsp sugar) 🌕3/4 kotak kecil santan (3/4 small box coconut milk) 🌕 Pewarna hijau (Green food colouring) 🌕 Garam (Salt) 🌕1 sudu tepung jagung (1 tbsp corn starch) . . . No prejudice. All materials (excluding music) owned by Rasapop PLT. All characters created are fictional and not associated with any individual or parties. #food #foodie #minum #juice #malaysia #kualalumpur #tasty #healthy #drink #2019 #eat #recipe #resepi #masak #dapur #rotisangkaya #sangkaya #bread #dessert

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Mana tahu lepas ini anda memasak boleh jadi hobi anda pada setiap hujung minggu. Anda bukan sahaja boleh baca resipi di The Vocket, tetapi anda juga boleh lihat video resipi di YouTube.

4. Bermain permainan

Bila kali terakhir anda meluangkan masa bersama keluarga anda? Pastinya disebabkan sibuk dengan kerja, anda jarang meluangkan masa bersama keluarga.

100_2677

Sumber: Perpustakaan Desa Puncak Alam

Apa kata anda keluarkan permainan lama anda seperti congkak, jutaria, batu seremban dan pelbagai lagi dan main permainan tersebut bersama keluarga anda. Mesti seronok bermain bersama keluarga.

5. Serlahkan kreativiti

Anda sudah bosan dengan dekorasi rumah anda? Gunakan waktu ini untuk mengubah dekorasi rumah anda.

Anda tiada idea untuk menyerlahkan kreativiti anda? Apa lagi, anda boleh baca di sini untuk melihat dekorasi yang ada untuk anda memulakan langkah menghias rumah anda. Kiranya raya nanti tidak perlulah pening kepala nak menghias rumah.

6. Bersenam

Jangan kata hanya keluar rumah dan pergi gym sahaja boleh bersenam. Walaupun dalam Perintah Kawalan Pergerakan, kita haruslah menjaga kesihatan juga dan di rumah pun boleh bersenam.

Anda boleh lihat di YouTube video senaman yang boleh dilakukan di rumah tanpa peralatan yang lengkap seperti di gym.

Tunggu apa lagi? Bolehlah anda rancang mahu lakukan apa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Pastikan anda patuh dengan arahan yang dikeluarkan agar wabak penularan COVID-19 ini dapat dibendung. Baca artikel berkaitan COVID-19 di The Vocket pada pautan di bawah.

Berbekalkan Semangat Yang Tinggi, Wanita Hamil 3 Bulan Ini Kongsi Pengalaman Bebas COVID-19

PM Rayu Rakyat Malaysia ‘Stay At Home’ Untuk Putuskan Rantaian COVID-19

Netizen ‘Luah Perasaan’ Tentang Perniagaan Mereka Yang Terkesan Kerana COVID-19

Anda Mungkin Suka