Tahukah anda bluetooth mouse lebih mudah digunakan kerana boleh disambungkan secara terus pada peranti tanpa perlu dongle tambahan? Jadi, model-model mouse dengan ciri bluetooth ini lebih dicari ramai untuk produktiviti dan keselesaan sewaktu berkerja secara on the go.

Ditambah pula dengan penawaran sejumlah model di dalam pasaran sekaligus membuatkan anda sukar untuk melakukan pembelian yang berbaloi. Oleh itu, kami sediakan senarai enam buah mouse bluetooth yang boleh dipertimbangkan untuk kegunaan seharian berkerja dengan selesa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

1. UGREEN Wireless Bluetooth Mouse

Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, mouse keluaran UGREEN ini tampil dengan kedua-dua sambungan iaitu wireless dan bluetooth yang mana lebih fleksibel bagi kegunaan seharian. Memandangkan mouse ini direka khas untuk tujuan produktif, maka ia tampil dengan binaan lebih nipis bersama dengan ciri klik yang lebih senyap.

Menariknya, anda boleh terus pasang dan gunakan tanpa sebarang perisian pada sebarang platform termasuklah Windows, Mac, Chrome OS, Linux dan banyak lagi. Anda juga boleh menetapkan kelajuan navigasi sehingga 4,000 DPI di samping mempunyai teknologi Bluray yang mampu memberikan kawalan navigasi yang baik pada setiap masa.

Anda boleh dapatkan UGREEN Wireless Bluetooth Mouse pada harga serendah RM44.90 sahaja di Shopee dan Lazada.

Beli Sekarang UGREEN Wireless Bluetooth Mouse Di Shopee

Beli Sekarang UGREEN Wireless Bluetooth Mouse Di Lazada

2. Huawei CD20 Bluetooth Mouse

Sumber Gambar: Shopee

Sebuah lagi tetikus berbaloi yang anda boleh dapatkan pada harga di bawah RM100 adalah Huawei CD20. Di samping mempunyai rekaan yang minimalis, ia sangat fleksibel untuk sambungan ke sejumlah peranti termasuklah komputer, tablet dan juga telefon pintar.

Terdapat sensor optikal LED untuk memastikan setiap navigasi boleh dibuat dengan lancar apabila melayari halaman web atau pun membaca dokumen panjang. Tetikus ini juga boleh digunakan dalam tempoh lama kerana menggunakan bateri jenis alkali.

Anda boleh dapatkan Huawei CD20 Bluetooth Mouse pada harga RM69 sahaja di Shopee dan Lazada.

Beli Sekarang Huawei CD20 Bluetooth Mouse Di Shopee

Beli Sekarang Huawei CD20 Bluetooth Mouse Di Lazada

3. Microsoft 3600 Bluetooth Mobile Mouse

Sumber Gambar: Shopee

Microsoft selaku sebuah syarikat terkemuka dalam menghasilkan barangan produktiviti berkerja turut hadir dengan mouse tersendiri. Model Mobile Mouse 3600 ini tampil dengan rekaan yang cukup kompak serta ergonomik sekaligus mudah dikendalikan bagi tujuan navigasi.

Bukan itu sahaja, model ini turut dilengkapi Bluetooth 4.0 yang mana berkebolehan beroperasi sejauh 10.5 meter serta pengurusan kuasa yang lebih efisien. Di samping itu, terdapat teknologi BlueTrack yang mampu memastikan ketetapan laser untuk navigasi dengan lancar pada sebarang permukaan menerusinya.

Kini anda boleh dapatkan Microsoft 3600 Bluetooth Mobile Mouse di Shopee dan Lazada dengan harga RM112.

Beli Sekarang Microsoft 3600 Bluetooth Mobile Mouse Di Shopee

Beli Sekarang Microsoft 3600 Bluetooth Mobile Mouse Di Lazada

4. Microsoft Surface Mobile Mouse

bluetooth mouse
Sumber Gambar: Shopee

Jika anda meminati rekaan minimalis seperti Magic Mouse, ini merupakan pilihan terbaik yang bukan sahaja lebih murah malah lengkap dengan pelbagai ciri menarik menerusinya. Selain rekaan yang kompak, Microsoft Surface hadir dengan teknologi Bluetooth 4.2 yang membolehkan anda menavigasi daripada jarak sejauh 10 meter.

Untuk memberikan pengalaman yang baik, model ini mempunyai Swift Pairing yang mana membolehkan sambungan mouse ke komputer dengan pantas apabila berada berdekatan. Terdapat ciri BlueTrack yang mampu memastikan setiap navigasi kekal tepat ketika digunakan pada sebarang permukaan.

Jika anda berminat dengan Microsoft Surface Mobile Mouse ini, bolehlah dapatkan di Shopee dan Lazada pada harga RM129.

Beli Sekarang Microsoft Surface Mobile Mouse Di Shopee

Beli Sekarang Microsoft Surface Mobile Mouse Di Lazada

5. Logitech M720 Triathlon

bluetooth mouse
Sumber Gambar: Shopee

Antara pilihan ramai di dalam pasaran hari ini adalah Logitech M720 Triathlon yang mana tampil dengan rekaan yang ergonomik di samping lengkap dengan sejumlah ciri menarik menerusinya. Ini termasuklah boleh disambungkan serta beroperasi pada tiga peranti berlainan secara serentak dan boleh digunakan untuk sejumlah platform.

Terdapat beberapa butang tambahan padanya yang boleh dikustomasi untuk membuat shortcut bagi meningkatkan pengalaman penggunaan yang baik. Dari segi prestasi, M720 ini mempunyai ciri Hyperfast scrolling di mana membenarkan ia skrol ke keseluruhan halaman web atau dokumen dengan lancar.

Logitech M720 Triathlon ini sedia ditawarkan pada harga RM179 menerusi Shopee dan Lazada.

Beli Sekarang Logitech M720 Triathlon Di Shopee

Beli Sekarang Logitech M720 Triathlon Di Lazada

6. Razer Pro Click Mini

bluetooth mouse
Sumber Gambar: Shopee

Dengan tanda harga lebih RM400, anda boleh membayangkan penawaran hebat dari segi fungsi dan binaan menerusi Razer Pro Click Mini ini. Model ini sememangnya direka khas untuk produktiviti yang mana tampil kompak di samping mempunyai kebolehan mengklik yang senyap sewaktu penggunaan.

Menariknya, anda boleh menyambungkan kepada empat peranti sekaligus secara automatik dan memiliki tujuh butang yang boleh diprogramkan untuk meningkatkan produktiviti sewaktu berkerja. Dengan teknologi Razer™ HyperScroll bakal memastikan pengalaman skrol yang lancar pada setiap masa.

Anda boleh dapatkan tetikus keluaran Razer ini pada harga RM419 di Shopee dan Lazada.

Beli Sekarang Razer Pro Click Mini Di Shopee

Beli Sekarang Razer Pro Click Mini Di Lazada

Berdasarkan senarai di atas, Logitech M720 Triathlon adalah pilihan terbaik kerana mempunyai binaan yang berkualiti di samping lengkap dengan ciri canggih bagi tujuan produktiviti yang diperlukan oleh mereka yang berkerja secara on-the-go. Malah, para reviewer sedia menyarankan produk ini kepada orang ramai.

Memiliki bluetooth mouse sememangnya boleh memudahkan urusan seharian anda lebih-lebih lagi buat anda yang berkecimpung dalam bidang grafik atau pun content creator. Malah, anda lebih fleksibel untuk menavigasi daripada satu peranti ke peranti lain dengan mudah untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan.

Sumber