Lebih sedekad dalam industri hiburan, Amir Raja Lawak yang popular dengan tagline ‘I’m sorry’ sering kali mendapat perhatian media dengan celoteh dan telatah beliau. Berjaya muncul sebagai pelakon, pelawak dan usahawan antara yang membuatkan beliau dikenali ramai.

Terbaharu, Amir Raja Lawak menerusi perkongsian di Facebook dan Instagram memaklumkan beliau berjaya memiliki sebuah kereta baharu iaitu Perodua Alza berwarna hitam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/CoKeTNcyS6z/?hl=en

Menurut Amir Raja Lawak, proses mendapatkan kereta Perodua Alza generasi baharu ini mengambil masa sehingga 6 bulan. Meskipun terpaksa menanti dalam tempoh yang panjang, individu yang menguruskan proses penjualan ini sangat responsif membuatkan beliau selesa untuk berurusan dengannya.

Menariknya, beliau memilih untuk memanjatkan kesyukuran kepada Allah serta berterima buat semua pelanggan bisnes yang diusahakan beliau iaitu Air Jagung Amirreka serta mereka yang yakin dengan bakat beliau untuk berlakon.

Perkongsian ringkas beliau berjaya mendapat perhatian netizen serta rakan artis yang tampil mengucapkan tahniah atas kejayaan beliau.

Sumber: instagram amirrajalawak
Sumber: instagram amirrajalawak

Difahamkan Amir Raja Lawak kini lebih memfokuskan kepada perniagaan beliau berbanding menjadi pelakon. Beliau sebelum ini turut mendapat perhatian media selepas berjaya menjadi contoh kepada orang ramai untuk mengeluarkan zakat.

Tahniah diucapkan buat Amir Raja Lawak, semoga lebih banyak kejayaan bakal diperoleh atas hasil usaha usahawan serta pelakon ini.