Seringkali aku dilontarkan dengan persoalan,
“Makan cukup tak dekat luar negara?”
“Macam mana nak cari makanan halal?”
“Aku tengok kau pergi mengembara tak kurus-kurus pun?”

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Alhamdulillah makan masih lagi terjaga. Di UK ni tak susah pun nak cari makanan halal sebenarnya. Ramai Pakistan bukak kedai runcit untuk barangan halal.

1. Pilihan makanan segera yang halal

Ada juga beberapa tempat di mana fast-food yang menyediakan makanan halal. Seperti di Glasgow KFC halal, di London, Leeds boleh dapat Subway yang halal. Dan juga Nando’s halal di beberapa tempat.

2. Cari sekitar masjid

Biasanya untuk dapat tempat makanan halal yang murah dan banyak pilihan adalah cara dengan cari kawasan masjid. Kebiasaannya di kawasan masjid, banyak premis-premis yang menjual makanan halal dan harga lebih berpatutan daripada restoran cuisine atau pun restaurant halal di tempat tumpuan pelancong.

3. Bahagian halal di pasaraya

Di sesetengah bandar besar, supermarket seperti Tesco ada juga menyediakan beberapa bahagian halal seperti ayam, daging, burger dan sebagainya. Bukan semua supermarket yang ada menjual makanan halal. Hanya segelintir.

makanan-halal-di-uk-1

makanan-halal-di-uk-2

makanan-halal-di-uk-3

makanan-halal-di-uk-4

Loch Shiel — at Fort William, Scotland, UK.

makanan-halal-di-uk-5

Tempat penggambaran harry potter — at Fort William, Scotland, UK.

makanan-halal-di-uk-10

Steall fall — at Fort William, Scotland, UK.

makanan-halal-di-uk-6

Stream Train — at Fort William, Scotland, UK.

makanan-halal-di-uk-11

At Edinburgh Scotland.

makanan-halal-di-uk-8

4. Papan tanda Just Eat

Kalau korang nampak signage Just Eat ni luar restoran ni kebiasaanya adalah kedai yang menjual makanan halal. Just Eat merangkumi seluruh UK jadi tidak susah untuk jumpa tanda Just Eat ini. Just Eat juga ada applikasi di telefon pintar bagi membuat pesanan dan penghantaran ke rumah.

5. Tanya orang

Cara ini merupakan cara yang paling efektif bagi aku. Ke mana sahaja pergi jangan berat mulut untuk bertanya. Jangan membuat andaian semua orang tak nak bantu, pergi situ susah nak dapat makanan. Cuba ringankan mulut untuk bertanya insyaAllah orang akan cuba bantu.

6. Carian di internet

Sekarang internet begitu meluas. Pelbagai applikasi talifon telah dicipta bagi membantu orang ramai mencari maklumat. Korang boleh tanya pak cik Google ataupon download sahaja app tentang halal food yang aku rasa ada beberapa app yang berguna.

Ini hanyalah sedikit sebanyak apa yang aku tahu dari pandangan mata aku seorang perantau mungkin tidak dapat menandingi pengetahuan sesetengah yang sudah biasa dan yang tinggal di UK. Tetapi aku berharap sedikit sebanyak apa yang aku tahu dapat memberi manafaat kepada yang lain.

Dan kepada sesiapa yang ada info lanjut boleh melontarkan info tersebut di ruangan komen supaya bermanafaat buat semua. Bukan semua aku tahu. Terima kasih.

Baca lagi: Minat Menulis Akhirnya Bawa Saya Memulakan Kerjaya Di London

Artikel di atas disumbangkan oleh Jeroong Wia. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group