Bagi yang gemar ke pesta buku dan membli buku, adakal bukan semua buku yang dibeli dapat dihabiskan bacaannya.

Kekangan masa dan mungkin juga tugas dan tanggungjawab menjadi penghalang untuk anda membaca buku dengan lebih banyak. Berikut 6 cara untuk anda praktiskan agar dapat meluangkan masa untuk membaca buku setiap hari.

1. Bawa Buku Ke Mana Sahaja Anda Pergi

tip-baca-buku-1

Jadikan kebiasaan untuk membawa buku bacaan anda ke mana sahaja anda keluar, samada keluar bersantai, bertemu kawan, ke shopping complex, ke taman dan lain lain.

Ini kerana, anda pasti akan mempunyai masa senggang untuk anda selitkan masa membaca buku yang di bawa.

Waktu menunggu kawan, ketika menunggu makanan tiba, di dalam kenderaan awam, sambil minum santai di kopitiam dan sedang beratur. Tanpa sedar, waktu terkumpul boleh mencecah 30 minit!

Kami tertarik dengan gambar iklan beg tangan jenama Mizzue yang agak kerap menggandingkan buku atau majalah dan beg tangan yang elegan. Tanpa sedar, ia seolah olah memberi galakkan agar wanita sentiasa membawa buku dalam beg tangan masing-masing. Kredit gambar: www.mizzue.com.my.

2. Sediakan Buku Yang Akan Di Baca Seterusnya

tip-baca-buku-3

Ini adalah antara sebab mengapa para ulat buku perlu selalu membeli lebih dari satu buah buku.

Ketika anda sedang membaca sesebuah buku, pastikan anda sudah ada 2-3 pilihan buku lain yang menanti untuk di baca seterusnya. Ini dapat menjimatkan masa anda, tidak perlu tunggu lama untuk membaca buku seterusnya.

Yang lebih baik ialah jika anda telah pun meletakkan plan tajuk & bilangan buku yang ingin anda baca setiap bulan dan dalam setahun.

Pastikan anda telah membeli buku-buku yang ingin di baca pada setiap awal bulan. Jika anda ada masalah untuk menghabiskan bacaan buku-buku yang telah diberi, langkah mudah ini dapat membantu anda.

3. Blok 30 Minit Minimum Sehari Untuk Membaca Buku

Girl reading book outdoors

 

Mungkin terma ‘Date With My Book’ adalah paling sesuai untuk menggambarkan langkah ini. Setkan tempoh 30 minit minimum dalam sehari dengan menggunakan kalendar di smart phone anda.

Tidak perlu letakkan perubahan yang terlaulu drastik. Cuba selitkan masa ini ketika anda dalam kenderaan awam, selepas solat subuh, sebelum atau selepas makan tengahari atau sebelum tidur.

Pastikan perubahan minimal dalam jadual harian anda agar ia tidak menjadi beban ketara yang menyebabkan anda sukar konsisten.

4. Berhenti Membaca Buku Yang Tidak Menarik Minat Anda

tip-baca-buku-4

Adakalanya, kita membaca sesebuah buku kerana minat pada genre, ingin mencuba genre baru, atau kerana sikap ingin tahu tentang sesuatu fakta (kebiasannya jika anda membaca genre bukan fiksyen).

Atau pun ingin menikmati kisah fiksyen melalui novel. Jika anda gagal mengekalkan minat untuk meneruskan pembacaan anda, jangan teragak-agak untuk berhenti membaca buku tersebut dan berpindah membaca buku seterusnya.

Membaca buku seharusnya satu proses yang menyeronokkan dan menambah nilai kepada diri.

5. Kongsikan Log Bacaan & Reviu Buku Bacaan Anda

tip-baca-buku-5

Anda pasti akan terkejut dengan feedback yang anda terima dari kenalan anda apabila anda kerap berkongsi log bacaan anda, contohnya di media sosial.

Biasakan diri anda berkongsi bacaan semasa anda (popular dengan #currentlyreading), atau senarai bacaan bulanan anda (popular dengan #booksofthemonth) dan seterusnya menulis riviu ringkas tentang buku yang telah di baca.

Paling tidak, anda telah memberi inspirasi kepada kenalan anda untuk menjadikan membaca buku satu hobi.

Mark Zuckerberg juga telah lakukan aktiviti perkongsian ini melalui A Year of Books. Ia sangat memberi impact positif, hingga menaikkan jualan buku buku yang dipilih beliau!

6. Gunakan Tools

tip-baca-buku-6

Pecinta buku zaman sekarang amat beruntung sekali kerana banyak platform boleh digunakan untuk saling menginspirasi, saling bertukar pendapat dan idea berkenaan buku.

Antara laman media sosial yang paling popular dikalangan pecinta buku ialah Goodreads.com. Goodreads boleh di akses melalui dekstop atau applikasi di smartphone anda.

Platform Goodreads mempunyai serba serbi kemudahan yang diperlukan.

Bermula dari kemudahan mengurus senarai bacaan anda, menulis serta membaca reviu buku, mengikut perkembangan penulis kegemaran, mendapatkan rekomendasi buku, perbincangan dalam kelab buku dan mendapat idea bacaan kenalan lain.

Baca lagi: Berjaya Membaca Lebih 70 Buah Buku Dalam Masa Setahun,  Ini 7 Tip Daripada Lelaki Ini