Bulan Disember adalah bulan yang sangat sibuk bagi rakyat Malaysia. Buat yang berkeluarga pasti mahu bawa anak jalan-jalan. Bagi yang masih single pasti mahu jalan-jalan bagi menghabiskan cuti tahunan yang masih tinggal.

Ditambah lagi dengan musim sejuk yang akan tiba tidak lama lagi, pasti ada yang sudah berkira-kira untuk melancong ke luar negara.

Kami senaraikan 6 bandar untuk boleh dipertimbangkan, daripada yang dingin santai hinggalah yang sejuk membeku!

1. Hanoi, Vietnam 24°C (Nov), 19°C (Dis)

Lebih dekat, dan tidak terlalu drastik perubahan cuaca. Alamilah pelayaran keluarga di Halong Bay yang indah dan makan malam di Bun Cha Huong Lien seperti bekas Presiden Barack Obama dengan chef selebriti Anthony Bourdain.

2. Taipei, Taiwan 19 hingga 23°C (Nov), 18°C (Dis)

Bulan Disember adalah masa paling sejuk untuk Taiwan, tetapi ia masih sesuai untuk mereka yang ingin menikmati iklim sejuk yang tidak keterlaluan. Suhunya elok untuk bersiar-siar, mengembara di taman negara, dan mencelup dalam mata air panas.

3. Seoul, Korea Selatan 7 hingga 19°C (Nov), 0 hingga 11°C (Dis)

Dingin dengan sedikit hujan, masa ini sempurna untuk melawat Korea Selatan. Jika anda ingin bermain dalam salji, bolehlah pergi pada hujung bulan Disember. Bayangkan keseronokan menikmati makanan laut segar dan kimchi jigae panas!

4. Munich, Germany 0 hingga 7°C (Nov), -2 hingga 3°C (Dis)

Sudah mula menggigil? Biarkan istana-istana hebat seperti Neuschwanstein menarik perhatian anda, atau nikmatilah persembahan di Teater Residenz, dan makan dan bergembira di pasar-pasar Krismas yang dihiasi indah.

5. Zermatt, Switzerland -2 hingga 6°C (Nov), -6 hingga 2°C (Dis)

https://www.instagram.com/p/Bp4f4WxhrBk/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=1gklx6bc3zitt

Zermatt adalah syurga ski pada masa ini. Sekiranya anda lebih suka aktiviti yang tidak begitu mencabar, anda boleh melayari jambatan suspensi tergantung terpanjang di dunia atau pergi saja ke spa untuk sesi yang lebih santai!

6. Lapland, Finland -4 hingga 1°C (Nov), -9 hingga -3°C (Dis)

Walaupun anda akan mengalami hanya 3 jam cahaya matahari dalam sehari, segalanya berbaloi apabila anda menyaksikan Cahaya Utara (Aurora Borealis) secara dekat. Boleh juga melawat Santa Claus Village, dan naik kereta luncur di atas salji.

Mana-mana sahaja bandar yang anda pilih untuk terokai musim sejuk ini, Photobook Malaysia ingin menghadiahkan anda satu Simple Book 6″ x 6″ (NP: RM79). Dah mengembara sambil pakai jaket tebal takkan tak mahu abadikan gambar percutian anda kan? Dicetak pula gambar anda atas kertas foto berkualiti tinggi dalam buku softcover premium ini – ia ringan dan mudah alih, jadi senanglah untuk berkongsi pengembaraan anda dengan rakan dan keluarga.

Jadi bagaimana untuk tebus Simple Book ini?

Photobook Travel

1. Muat turun aplikasi ‘Photobook Worldwide’ di Apple Store atau Google Play Store
2. Lancarkan aplikasi dan pilih Simple Book (6 “x 6”)
3. Reka dan susun photo book anda dengan memuat naik sekurang-kurangnya 21 keping gambar termasuk kulit buku (foto tambahan dikenakan caj tambahan)
4. Guna kod baucar “TRAVELVK”
5. Muat naik projek anda dan siap

Anda hanya perlu membayar kos penghantaran sahaja. Eh, seronoknya! Kalau anda bercuti dalam negara pun bolej sahaja. Janji ikuti langkah mudah di atas. Jom Photobook!