Bulan Disember telahpun tiba. Sama seperti bulan-bulan sebelumnya, bulan terakhir ini juga padat dengan beberapa drama Korea yang bakal ditayangkan. Umum diketahui, drama Korea sudah semakin mendapat tempat di hati penonton oleh kerana kualiti yang ditonjolkan.

Oleh itu, bagi menutup tirai tahun ini, di sini The Vocket akan kongsikan 6 K-drama menarik yang boleh ditonton pada bulan Disember buat semua peminat drama Korea dan juga anda yang baru sahaja ingin berjinak-jinak dalam dunia ini. Selamat menonton!

1. Hush

Anda peminat Im Yoon-ah dari Girl’s Generation? Kali ini beliau akan tampil dalam drama siri terbaharu berjudul ‘Hush’ yang bakal ditayangkan pada 11 Disember 2020 nanti. Drama ini mengisahkan tentang dilema seorang wartawan surat khabar. Dalam drama ini, Yoona memegang watak sebagai seorang wartawan intern yang bersemangat dan cukup minat akan bidang kewartawanan.

2. True Beauty

Drama ini diadaptasikan dari sebuah webtoon yang popular. Mengisah kan tentang Im Joo-kyeong, seorang pelajar sekolah yang sangat insecure dengan wajahnya menyebabkan dia sering memakai make-up, drama ini dibintangi barisan pelakon yang cukup berbakat seperti Moon Ga-young, Cha Eun-woo, Hwang In-yeop dan Park Yoo-na. Drama ini bakal menjumpai anda pada 9 Disember 2020!

3. Sweet Home

Netflix baru sahaja menyiarkan trailer pertama buat drama ini. Mengisahkan tentang manusia yang bertukar menjadi raksasa apabila dijangkiti virus, drama ini juga merupakan sebuah drama yang diadaptasikan dari webtoon. Drama ini bakal menakutkan anda pada 18 Disember 2020.

4. Cheat on Me if You Can

Kalau anda pernah menonton filem ‘Parasite’, anda pasti kenal dengan pelakon utama buat drama ini. Mengisahkan tentang Kang Yeo-joo, seorang penulis novel kisah pembunuhan yang berjaya dan suaminya Han Woo-sung yang merupakan seorang peguam. Telah pun mula tayangan pada 2 Disember 2020 yang lalu, drama ini sesuai buat anda yang minat akan genre misteri, thriller serta komedi.

5. Run On

Kalau anda lebih menggemari genre romantis dari misteri dan thriller, drama berjudul ‘Run On’ ini memang tepat untuk anda. Bakal ditayangkan pada 16 Disember 2020 di Netflix, drama ini mengisahkan tentang kisah cinta diantara bekas olahragawan negara, Ki Sun-gyeom dan Oh Mi-joo, seorang penulis penterjemah.

6. Love Struck in The City

Drama ini merupakan diantara drama yang dinantikan para peminat K-drama. Dibarisi pelakon hebat seperti Kim Ji-won dan Ji Chang-wook, ia mengisahkan tentang kisah percintaan mereka yang tinggal di kota. Drama ini bakal menemui anda pada 22 Disember 2020 nanti.

Pastinya ada banyak lagi drama Korea yang menanti anda pada bulan ini. Senarai yang dibuat ini hanyalah pilihan peribadi yang kami rasa anda mungkin akan turut menyukai. Jika ada drama Korea yang kami terlepas pandang, jangan segan untuk bersama kami.

Katanya drama Sweet Home yang bakal ditayangkan nanti agak seram. Klik pada pautan di bawah untuk membaca!

Lebih Seram Dan Aksi, Netflix Kongsi Trailer Rasmi ‘Sweet Home’ Yang Pasti Menghantui Anda

10 Drama Korea Terbaik Bertemakan ‘Time Travel’ Yang Wajib Anda Tonton

5 Drama Korea ‘Ongoing’ Yang Anda Boleh Layan Sepanjang PKPB Di Rumah