Apabila tibanya musim perayaan pada setiap tahun, pastinya orang ramai inginkan kelainan an keunikan dalam menggayakan fesyen baju raya mereka. Ada juga yang berlumba-lumba untuk menjadi individu yang paling lawa dan segak pada hari perayaan.

Di kesempatan ini juga, para pereka fesyen di Malaysia ini tidak ketinggalan untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan menarik untuk dijadikan busana hari raya sekaligus melengkapi citarasa fesyen sesetengah individu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun, apa yang kita dapat lihat kini, rekaan baju raya pada setiap tahun menjadi semakin pelik dan unik lebih-lebih lagi rekaan pada baju Melayu. Terdapat beberapa rekaan baju Melayu yang mengundang kecaman warganet dan dikatakan sudah lari daripada konsep baju Melayu yang asal dengan maksud tertentu yang melambangkan ciri-ciri Islam pada setiap bahagian baju Melayu.

Berikut kami akan senaraikan beberapa fesyen baju raya yang pelik dan unik pada tahun 2019 ini.

1. Baju Melayu Bengkung

baju melayu pelik vckt

Koleksi baju Melayu ini adalah hasil rekaan bersama daripada pengacara terkenal Malaysia, Datuk Aznil Haji Nawawi dan pereka fesyen, Razman Razmi. Koleksi yang dihasilkan ini sebenarnya diinspirasikan oleh penghibur terkenal, Datuk Sudirman Arshad.

2. Baju Melayu Teluk Belanga Versi Korea

baju melayu pelik vckt

baju melayu pelik vckt

Dikatakan diambil inspirasi melalui negara Korea Selatan, namun sesetengah warganet mengecam rekaan baju ini yang seperti baju seorang banduan. Rekaan pada koleksi ini agak pelik dan sangat berbeza dengan rekaan asal baju Melayu sebelum ini.

3. Kurta Chef

baju melayu pelik vckt

Rata-rata warganet sangat tidak berpuas hati dengan rekaan kurta terbaru ini yang dikatakan sama seperti baju seorang Chef. Namun, jika kita lihat dan membuat sedikit kajian, koleksi baju ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri iaitu anda boleh melakukan dua kerja dalam satu waktu. Sebagai contoh, anda boleh ke dapur untuk memasak walaupun sedang beraya bersama rakan-rakan.

4. Baju ‘Thorraya’

baju melayu pelik vckt

Baju rekaan pelakon Erry Putra ini dihasilkan seolah-olah seperti watak Thor di dalam filem Marvel. Adakah ianya dihasilkan disebabkan orang ramai masih dalam “mood” filem Avengers: Endgame lagi? Nak tahu apa yang lebih unik, sayap pada bahagian belakang baju melayu ini boleh ditanggalkan untuk dijadikan sejadah.

5. Baju Melayu Lengan Pendek

baju melayu pelik vckt

Koleksi baju Melayu ini juga merupakan rekaan pelakon terkenal, Erry Putra. Namun, koleksi ini kelihatan sesuai hanya untuk lelaki yang berbadan tegap dan sasa sahaja. Ianya kerana rekaan pada lengan baju tersebut kelihatan sengaja dihasilkan untuk individu yang berbadan sasa menunjukkan susuk tubuh dan lengan mereka yang mempunyai otot.

6. Baju Melayu Menutup Perut

baju melayu pelik vckt

Haa, ini sangat berbeza daripada rekaan-rekaan baju Melayu yang disebutkan di atas. Baju Melayu ini direka dengan ukuran yang lebih besar dan lebar pada bahagian lengan, manakala pada bahagian badan pula, rekaannya agak senteng sehingga membuatkan baju tersebut kelihatan pelik.

Setiap rekaan baju Melayu yang disenaraikan di atas, meskipun ianya kelihatan pelik namun kami yakin dan pasti akan ada juga individu yang membeli dan menjadikan ianya koleksi busana hari raya mereka pada tahun ini. Kita nantikan sahaja fesyen-fesyen yang digayakan oleh rakyat Malaysia pada tahun ini.