Eksperimen yang dijalankan di dalam video di bawah membuktikan rakaman fotografi dan potret wajah banyak ditentukan oleh perspektif dan sudut pandang seseorang fotografer berbanding objek itu sendiri.

Canon Australia dengan kerjasama The Lab baru-baru ini telah menjemput 6 fotografer untuk merakam gambar seorang lelaki yang sama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setiap daripada fotografer diberikan informasi dan latar belakang berbeza tentang Micheal yang merupakan subjek bagi sesi fotografi tersebut.

Micheal digambarkan sebagai jutawan kepada seorang fotografer. Dan bagi fotografer lain ada yang diberitahu Micheal adalah penagih alkohol, ekstrimis Islam, nelayan dan pesakit mental.

Realitinya Micheal bukanlah seperti yang diberitahu kepada fotografer tersebut.

Melalui video bertajuk ‘The Decoy’ memberikan jawapan kepada eksperimen ini.

Baca lagi: Tutorial Mudah 9 Cara Rakam Gambar Masa Travel

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram