Setiap orang pasti ingin lari dari kesibukan kota dan bercuti untuk menenangkan minda. Akan tetapi, mungkin ada di antara anda yang tidak tahu ingin bercuti ke mana. Apa kata anda bercuti ke Terengganu?

Tidak tahu apa yang menarik di Terengganu? Jangan risau kerana baru-baru ini, seorang pengguna Facebook Nuratikah Seman telah berkongsi beberapa tempat menarik yang anda boleh kunjungi di Terengganu. Baca perkongsian Nuratikah di bawah ini:

1. Pantai Bukit Kluang

IMG_001-2
Sumber: Google

Di sini anda boleh hiking dan mandi laut. Anda akan dihadiahkan dengan pemandangan pantai cantik dan putih. Pasti anda akan terpegun apabila berada di sini.

2. Pasar Tani Kuala Besut

69316095_10157394322537649_6183112190078222336_n

Terdapat beratus gerai di sini. Bagi anda yang ingin food hunting inilah tempat paling sesuai. Sedia maklum, pasar ini hanya dibuka pada hari Jumaat sahaja setiap pagi hingga tengahari.

3. Air Terjun Lata Kolam Air Deru Ecopark

lata kolam

Siapa di sini suka air terjun. Anda akan dihidangkan dengan pemandangan yang menarik dan mampu membuat anda tenang.

4. Air Terjun Lata Belatan

header4
Sumber: Google

Air terjun ini boleh dikatakan yang terbaik. Datang sekali terus jatuh hati. Anda boleh berbbq dan berkelah beramai-ramai di sini.

5. La Hot Spring

69223418_10157394322607649_4054986754250244096_n

Terdapat chalet cantik di sini dan anda boleh menikmati suasana hutan yang mendamaikan. Maah, terdapat kolam air panas semulajadi di sini. Bagi anda yang inginkan kelainan, anda perlu mencuba di La Hot Spring ini.

6. Pulau Perhentian

banner-pperhentian
Sumber: Google

Sebut sahaja pulau pasti anda sudah terbayang lautan biru dan pantai. Betul itu, anda boleh snorkeling di laut di sekitar Pulau Perhentian.

Baru tahu rupa-rupanya terdapat banyak tempat menarik di Besut, Terengganu yang boleh dikunjungi. Bolehlah anda merancang percutian anda hujung tahun ini ke Terengganu.

Pening kepala tidak tahu mahu ke mana ketika hujung tahun ini? Anda mungkin berminat baca artikel tempat dan budget ke Singapura atau Hatyai.

18 Lokasi Menarik Dan Percuma Di Singapura Yang Boleh Anda Terjah Di Hujung Minggu

Itinerari Dan Tip Ke Hatyai Dan Songkhla Hanya Dengan Bajet RM200

5 Hotel Terbaik Dengan Kolam Renang Berlatar Belakangkan KLCC