Setiap orang yang lahir atas muka bumi ini mesti ada impian dan angan-angan. Macam kami dari zaman belajar dahulu teringin pakai telefon pintar. Mana tidaknya, waktu zaman belajar menggunakan telefon bimbit biasa sahaja. Jadi, kami berazam 3 bulan kerja kumpul duit, beli telefon bimbit baru. Puas hati!

Lagi-lagi bila cakap pasal kerja ini, keinginan ingin mencapai sesuatu itu membuak-buak apabila lihat kawan-kawan seorang demi seorang dapat achieve impian mereka. Mana tidaknya, masing-masing sudah kerja.

Bagi anak muda macam anda, mesti tidak terlepas dari mempunyai impian tidak kiralah kecil atau pun besar. Salah satu daripada impian itu mesti ada dalam banyak-banyak impian yang kami listkan pada bawah ini. Betul tidak?

1. Bercita-cita ingin beli rumah tapi tidak sempat kumpul duit

1
Kredit: Google

Setiap anak muda yang mula kerja, biasanya akan menyewa bilik kalau tidak duduk dengan mak ayah. Tapi, lama-kelamaan, mesti bosan menyewa dan rasa ingin ada rumah sendiri bila sudah lama bekerja kan?

Tapi, angan-angan itu tanpa sedar terkubur sebab tidak sempat mahu kumpul deposit rumah, duit sudah habis guna untuk tujuan lain. Contohnya beli kopi mahal setiap pagi, langgan perkhidmatan langganan muzik, platform penstriman video, keahlian gym, belanja kawan dan macam-macam lagi.

2. Nak pakai kereta mewah tapi bila kira gaji tahunan, tidak cukup bajet

driving_position3
Kredit: Google

Siapa sahaja tidak terliur lihat kereta mewah lalu-lalang depan office hari-hari. Mesti anda berangan dapat pandu kereta gempak pergi kerja, selesa, perjalanan ke tempat kerja pun lebih cepat. Tapi, bila anda buat kira-kira, gaji anda belum mampu ingin beli kereta.

Sebenarnya bila anda sudah ada kereta, komitmen bulanan makin bertambah. Servis, ansuran bulanan, minyak, tol dan macam-macam lagi. Kalau anda belum mampu, tidak mengapa, naiklah kenderaan awam dulu. Agak-agak mampu baru beli kereta idaman okay?

3. Nak tukar-tukar smartphone, walaupun gajet yang ada masih boleh guna

iphone-xs-max-2-671×377
Kredit: Google

Selain kereta, smartphone juga selalu jadi kegilaan anak-anak muda. Lagi-lagi bila nampak rakan bergaya dengan gajet terbaru, iklan dekat media sosial pula berlambak. Lagi lah rasa nak tukar smartphone itu membuak-buak!

Sebaiknya, anda janganlah membazir duit upgrade smartphone selalu selagi tidak ada sebab yang kuat contohnya phone anda sudah teruk. Guna apa yang ada dulu, duit yang anda bakal laburkan itu simpan untuk masa depan!

4. Nak shopping online selalu tapi kad kredit sudah sampai limit

credit-card-online-shopping-671×447
Kredit: Powerretail

Bila sudah bekerja dan pegang duit sendiri ini, tangan mesti gatal mahu shopping kan? Paling tidak anda akan ada satu kad kredit untuk kegunaan harian seperti makan, isi petrol dan sebagainya. Tapi, kalau sudah kerap sangat guna, tidak sedar kad anda sudah sampai limit!

Masa itu, tidak dapat mahu lunaskan hajat anda untuk shopping online selalu. Walaupun ada promo gila-gila dekat pelbagai laman e-dagang, anda kena tahan nafsu shopping sampai hujung bulan dan bayar dahulu kegunaan bulan semasa. Baru boleh shopping!

5. Nak jadi macam ‘Instafamous’, minum bubble tea setiap hari

girl-sipping-bubble-tea-getty-1120-671×383
Kredit: Google

Lifestyle anak muda zaman sekarang, memang gilakan bubble tea. Tengok jelah orang beratur dekat kedai bubble tea yang ada kat Lembah Klang ini, punyalah panjang. Semuanya mahu acah-acah jadi ‘Instafamous’ upload minum bubble tea dekat Instagram masing-masing.

Tapi, anda tahu tidak, mahu ke kedai bubble tea itu sesak. Bila sudah viral, apa lagi hype dia mengalahkan sale raya. Malah, harga bubble tea bukan RM2-3. Paling tidak anda kena sediakan RM200-300 sebulan untuk bubble tea sahaja. Mana mahu cari duit?

6. Nak hidup selesa lepas bersara tapi tidak pernah terfikir untuk menyimpan

5b43c330c05c09a42f8b498d-750-563-671×504
Kredit: Google

Anak muda sekalian, pernah terfikir tidak apa akan jadi dengan hidup anda apabila sudah tidak bekerja dan bersara? Mesti mahu hidup selesa, duit banyak, tidak payah kerja, dapat travel seluruh dunia. Tapi, sekarang ini anda langsung tidak ada planning untuk menyimpan.

Bila mahu mula menyimpan, macam-macam alasan anda bagi. Sibuklah, tidak sempat mahu fikirlah, belum tiba masanyalah, ingin enjoy dahulu. Tidak boleh macam itu, anda kena luangkan masa untuk masa depan lepas bersara yang lebih cerah!

Realisasikan impian anda, jom mula menyimpan di PRS!

5d0c94e23d456345995507
Kredit: PPA

Kalau kami cakap untuk capai semua impian itu anda perlukan duit, anda tentu setuju kan? Jadi, ada baiknya anda plan dan menyimpan daripada sekarang, sedikit sebanyak masa depan anda lebih cerah. Jadi, Jangan hanya berangan-laa. Jom! Simpan di PRS!

Untuk pengetahuan anda, Skim Persaraan Swasta (PRS) adalah skim simpanan dan pelaburan jangka panjang yang dilakukan secara sukarela dan diperkenalkan untuk membantu individu supaya dapat menyimpan lebih untuk kegunaan lepas bersara.

Dengan menyimpan di PRS, kedudukan kewangan anda lama-lama akan kukuh malah boleh dimanfaatkan bila anda sudah bersara dan tidak bekerja kelak!

Simpan RM100 je…

Untuk pengetahuan anda, apabila menyimpan di PRS, anda akan dapat nikmati banyak manfaat seperti pilihan untuk membuka akaun dan menyimpan secara online atau dengan 8 Penyedia PRS, pelepasan cukai sehingga RM3,000 setahun, dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan banyak lagi!

Berapa kita perlukan kalau ingin mula menyimpan ini? Tidak banyak pun! Anda hanya perlukan wang serendah RM100 untuk buka akaun PRS. Malah, anda tidak perlu ke mana-mana cawangan untuk buka akaun PRS ini!

PRS-Online-671×212
Kredit: PPA

Hanya daftar secara online di laman web PRS Online dan mulakan simpanan untuk masa depan lebih cerah di sana! Bulan ni simpan RM100, bulan depan RM100 lagi pun boleh. Kata orang, ‘sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit’!

Untuk maklumat lanjut tentang PRS yang ditadbir oleh Private Pension Administrator Malaysia (PPA) ini, layari laman web PPA dan follow Facebook PPA Malaysia untuk update dan promosi terkini daripada mereka. Selamat menyimpan!