Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Malaysia pada jam 2 petang tadi telah membuat pengumuman buat semua rakyat Malaysia khususnya mereka yang bakal menyambut Aidilfitri.

Difahamkan pengumuman ini dibuat sebagai inisiatif kerajaan dalam meringankan beban serta memberi kegembiraan buat rakyat Malaysia. Berikut merupakan antara intipati pengumuman yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

1. Tol Rahmah

Pengumuman pertama yang dibuat adalah perlaksaaan Tol Rahmah yang bakal berkuat kuasa pada 19,20,21 dan 24 April ini melibatkan 33 lebuh raya.

2. Diskaun barangan mentah bagi pengusaha Menu Rahmah

Kerajaan dengan usaha sama pasar raya terpilih telah bersetuju untuk menawarkan harga barangan mentah seperti ayam, bawang, barang asas makanan bagi keperluan pengusaha Menu RAHMAH pada kadar diskaun khas.

3. Diskaun bayaran saman trafik

Pihak kerajaan turut mengumumkan pihak PDRM sedia menawarkan Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April- 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik PDRM untuk kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya.

Setiap saman boleh dilunaskan dengan kadar harga RM50 dan kadar khas ini tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada tahun 2023.

4. Pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB)

Sempena Aidilfitri yang mulia, Jabatan Penjara Malaysia akan melaksanakan pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti).

5. Penawaran simen pada harga berpatutan

Kerajaan dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) serta pemaju perumahan swasta akan menawarkan harga simen pada kadar berpatutan untuk manfaat pemaju rumah mampu milik.

Ikhtiar ini menumpukan kepada kategori rumah mampu milik berharga RM300,000 ke bawah yang akan memanfaatkan golongan B40 dan M40 dengan pengurangan harga rumah maksimum sehingga RM5,000 mengikut jenis dan harga rumah.

6. Cuti pelepasan am tambahan

Mengulas mengenai tarikh cuti, kerajaan mengumumkan sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Jumaat, 21 April 2023, maka kerajaan menetapkan hari Isnin, 24 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Walau bagaimanapun, sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Sabtu, 22 April 2023, maka Kerajaan menetapkan hari Jumaat, 21 April 2023 sebagai hari pelepasan am tambahan.

Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan Negeri boleh mengisyitiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

Sumber