Pada hari ini, ramai orang lebih selesa menggunakan tablet seperti iPad untuk meningkatkan produktiviti. Oleh itu, mereka perlu mendapatkan iPad case terbaik dalam melindungi bahagian luaran secara menyeluruh sepanjang masa.

Dengan penawaran sejumlah jenama di dalam pasaran, pasti anda sukar membuat pilihan untuk iPad yang digunakan. Oleh itu, kami sediakan senarai enam pilihan iPad case terbaik yang boleh didapatkan menerusi Shopee dan Lazada.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

1. XUNDD Clear Case iPad

ipad case terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, anda boleh mendapatkan sebuah iPad case yang ditawarkan oleh jenama XUNDD. Case yang ditawarkan mempunyai ukuran yang tepat berdasarkan model iPad anda serta dibina dengan bahan berkualiti agar boleh melindungi bahagian badan dengan baik serta mudah mengakses port yang tersedia.

Untuk memberikan perlindungan secara menyeluruh, XUNDD case ini telah menaikkan bonggol pada bahagian skrin dan lensa kamera sebanyak 8mm. Selain rekaan yang menarik, anda juga boleh menggunakan stand di belakangnya untuk melaras sudut yang bersesuaian dengan aktiviti seperti menulis, melukis dan seumpamanya.

Kini anda boleh dapatkan iPad case yang serba guna dengan harga serendah RM34.50 di Shopee ataupun di Lazada berharga RM34 sahaja.

Beli Sekarang XUNDD Clear Case iPad di Shopee

Beli Sekarang XUNDD Clear Case iPad di Lazada

2. ESR Rebound Magnetic Smart Leather Case

ipad case terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Dengan harga di bawah RM70, anda boleh mendapatkan sebuah casing tablet Apple yang serba bergaya dan multi fungsi. Dengan menggunakan bahan leather, casing ini sedap dipegang dalam masa yang sama lebih tahan lasak. Malah, ia hadir dengan pelbagai saiz termasuklah model iPad yang terkini.

Menariknya, terdapat penutup pada sisi casing dan juga menyokong padanan pen stylus untuk pengecasan menerusinya. Selain itu, anda juga boleh menggunakan untuk mod penulisan atau pun mod potret dalam memaparkan sesuatu konten dengan baik. Magnet yang kuat pada bahagian belakang casing juga membantu dalam melindungi iPad anda.

Beli Sekarang ESR Rebound Magnetic Smart Leather Case Di Shopee

Beli Sekarang ESR Rebound Magnetic Smart Leather Case Di Lazada

3. Uniq Camden Case 

Sumber Gambar: Shopee

Salah satu casing yang menerima sejumlah respon positif daripada pengguna adalah Uniq Camden Case. Casing Uniq ini hadir dengan rekaan yang kompak untuk memudahkan anda mengendali dalam seharian atau pun menyimpan di dalam beg. Dengan menggunakan bahan plastik berkualiti, perlindungan iPad lebih terjamin.

Bukan itu sahaja, casing ini mempunyai struktur penyokong berbentuk Y yang boleh digunakan untuk memberikan kedudukan potret atau landskap pada iPad sewaktu digunakan. Difahamkan pada permukaan casing turut mempunyai teknologi nanosilver yang boleh membunuh patogen yang melekat padanya.

Anda boleh dapatkan Uniq Camden Case ini pada harga RM141.54 di Shopee sementara di Lazada sedia ditawarkan dengan harga RM149

Beli Sekarang Uniq Camden Case Di Shopee

Beli Sekarang Uniq Camden Case Di Lazada

4. Targus VERSAVU Case

Sumber Gambar: Shopee

Targus merupakan sebuah jenama terkenal yang menawarkan sejumlah aksesori barangan elektronik termasuklah untuk tablet iPad. Casing Targus menampilkan rekaan yang lebih kompak dan premium menerusinya. VERSAVU ini dikatakan mampu menahan impak setinggi empat kaki dengan penarafan gred ketenteraan.

Terdapat sokongan integrasi Apple Pencil atau stylus untuk menyimpan atau pengecasan menerusinya. Ditambah lagi dengan stand yang menyokong iPad dalam posisi landskap memberikan fleksibiliti dalam kegunaan seharian. Sebagai langkah berjaga-jaga, VERSAVU ini juga mempunyai teknologi perlindungan daripada virus merbahaya.

Kini anda boleh dapatkan Targus VERSAVU Case pada harga RM163 di Shopee dan di Lazada dengan harga RM169.

Beli Sekarang Targus VERSAVU Case Di Shopee

Beli Sekarang Targus VERSAVU Case Di Lazada

5. Otterbox Symmetry Series 360 Case

Sumber Gambar: Shopee

Selain menawarkan casing padu untuk iPhone, jenama Otterbox turut hadir dengan casing khas untuk iPad juga. Otterbox Symmetry ini tampil elegan dalam masa yang sama mampu memberikan perlindungan secara menyeluruh. Malah, permukaan kerangka ini mempunyai ciri kalis calar yang baik.

Casing ini boleh melindungi kedua-dua belah iPad anda kerana mempunyai pelindung skrin juga. Selain mempunyai ciri menyerap impak yang mantap, terdapat ruang slot untuk mengecas Apple Pencil dengan mudah. Pelindung skrin pada bahagian hadapan juga boleh dilipat sebagai stand untuk menonton sesuatu konten dengan sudut terbaik.

Kini Otterbox Symmetry Series 360 Case sedia ditawarkan pad harga RM311

Beli Sekarang Otterbox Symmetry Series 360 Case Di Shopee

Beli Sekarang Otterbox Symmetry Series 360 Case Di Lazada

6. Logitech Combo Touch Detachable Case

ipad case terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, anda boleh pertimbangkan casing yang serba lengkap seperti laptop versi mini. Kerangka Logitech ini bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung malahan mempunyai papan kekunci dan juga pad tetikus bersamanya. Jadi, anda boleh melakukan sebarang tugasan dengan lebih efisien dan pantas.

Tambahan pula, anda juga boleh menanggalkan pad kekunci sekiranya sudah selesai sekaligus menjadikan ia lebih kompak untuk dipegang. Rekaan yang ergonomik termasuklah dengan beberapa butang shortcut yang dapat memudahkan lagi anda melakukan sesuatu perkara menerusinya.

Anda boleh dapatkan iPad case terbaik keluaran Logitech pada harga RM629 di Shopee sementara di Lazada berharga RM764.

Beli Sekarang Logitech Combo Touch Detachable Case Di Shopee

Beli Sekarang Logitech Combo Touch Detachable Case Di Lazada

Berdasarkan pemerhatian setiap model yang disenaraikan, casing keluaran Targus memberikan pulangan yang baik kerana menawarkan sejumlah ciri menarik dalam masa yang sama masih memberikan perlindungan bergred ketenteraan. Produk Targus juga sudah cukup terkenal dengan kualiti terbaik yang diberikan.

Diharapkan dengan penyenaraian ini memudahkan anda mencari kerangka yang bersesuaian dengan iPad mengikut bajet tertentu. iPad case terbaik merupakan aksesori penting buat anda yang sentiasa bertugas on-the-go dengan menggunakan tablet ini pada setiap masa.

Sumber