Selepas 6 jam bersembunyi di kawasan semak dan kebun kelapa sawit, seramai 57 mat rempit ‘menyerah diri’ selepas dikejar polis dalam kejadian pada Hari Raya Aidilfitri pertama.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata, dalam kejadian jam 9 pagi itu, satu persatu samseng jalanan berusia anggaran 17- 42 tahun tersebut menyerah diri selepas tidak tahan bersembunyi dalam kawasan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Semasa operasi dijalankan kebanyakan mat-mat motosikal terbabit sembunyi masuk ke dalam kawasan kebun sawit sekitar jam 3 pagi dan kebanyakan mereka cuba untuk keluar melalui ‘jalan tikus’ yang telah dikepung pihak polis.

“Akhirnya pada jam 9 pagi, satu persatu penunggang motosikal menyerah diri disebabkan menemui jalan buntu untuk melarikan diri.

“Ini kerana mereka tidak tahan dengan keadaan dalam kebun sawit yang panas ditambah pula ada yang menyatakan ‘lapar dan rindu juadah hari raya pertama’,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad kepada Sinar Harian.

Operasi tersebut telah diketuai oleh Insp. Alexander Jeremy Jimy, Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kulai bersama (2) pegawai dan (13) anggota Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kulai.

Dalam operasi selama 18 jam bermula dari 21/04/2023 @ 11.00 malam hingga 22/04/2023 @ 5.00 petang Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kulai telah mengeluarkan sebanyak (140) saman antaranya tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans, LKM tamat tempoh, nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan, ubahsuai ekzos, tidak memakai topi keledar dan pelbagai kesalahan – kesalahan lain. Sebanyak (39) buah m/sikal turut disita dibawah Seksyen 64 APJ 1987.