Tanpa kita sedar, kita sudah melangkah masuk ke bulan yang baharu. Sama seperti bulan-bulan sebelumnya, bulan Februari yang juga dikenali sebagai ‘musim cinta’ ini pastinya dipenuhi dengan seleksi drama Korea yang menarik.

Hari ini, The Vocket akan kongsikan 6 drama Korea baharu yang bakal ditayangkan sepanjang bulan Februari. Jadi tanpa membuang masa, ayuh kita mulakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. LUCA: The Beginning

Drama terbaharu TvN ini telahun keluar menjumpai penonton semalam. Mengisahkan tentang seorang individu yang mempunyai kuasa dan di cari oleh beberapa individu misteri. Drama yang bergenre aksi ini dibuat berdasarkan teori ‘Origin of Species’ oleh Charles Darwin.

2. Sisyphus: The Myth

Drama seterusnya ini dibintangi oleh Park Shin-hye dan Cho Seung-woo dan bakal menemui penonton pada 17 Februari 2021. Baerpaksikan genre misteri fantasi, drama keluaran JTBC ini berkisar tentang perjalanan merentas masa seorang jurutera genius dan penyelamatnya yang datang dari masa depan.

3. The Penthouse 2

https://youtu.be/2LoJQfv1qxM

Drama seterusnya ini mungkin merupakan drama yang paling dinantikan setelah musim pertama untuk drama ini berjaya ditamatkan dengan rating yang cukup memberangsangkan. Bakal ditayangkan pada 19 Februari 2021, drama ini merupakan lanjutan kepada kisah konflik diantara 3 wanita.

4. Beyond Evil

https://youtu.be/YKjoeTORiDk

Beyond evil merupakan drama keluaran JTBC dan bakal ditayangkan pada 19 Februari 2021. Hadir dengan genre triller psikologi, drama yang dibintangi Yeo Jin-goo dan Shin Ha-kyun ini mengisahkan tentang dua jejaka yang sanggup melanggar undang-undang hanya untuk menangkap seorang pembunuh bersiri.

5. Vicenzo

https://youtu.be/jGVYdtaF3BU

Drama seterusnya ini mengisahkan tentang seorang peguam dari itali yang bernama Vicenzo Cassano yang juga merupakan penasihat kepada sebuah keluarga mafia. Beliau kemudiannya kembali ke Korea dan berganding bahu bersama seorang peguam di sana dalam mencapai keadilan. Jangan lepaskan peluang untuk melihat ketampanan Song Joon-ki mengenakan suit and tie pada 20 Februari 2021 nanti!

6. Times

Drama terakhir ini membawa kisah tentang anak kepada Presiden Korea Selatan yang berjaya menghubungi seorang wartawan dari lima tahun yang lalu kerana ingin menghalang kematian bapanya. Bakal ditayangkan pada 20 Februari 2021, drama ini berpaksikan genre misteri dan politik.

Meskipun bulan Februari cukup sinonim dengan bulan cinta, kebanyakkan drama yang bakal ditayangkan pada bulan ini bukanlah drama yang berpaksikan genre romantik, menarik bukan? Drama yang mana satu yang paling anda nantikan?

Sementara itu, baca juga perkongsian kami yang lain menegnai drama-drama Korea melalui pautan di bawah!

Baru Sahaja Tamat, Drama The Uncanny Counter Sah Bakal Hadir Dengan Siri Musim Ke-2

Kim Seon-ho Bakal Kembali Dengan Penampilan Khas Dalam Drama Run On