Umum diketahui, industri hiburan Korea memang mencabar. Sebelum menapak di industri tersebut, mereka harus menjalani latihan intensif yang kadang kala boleh memakan masa bertahun lamanya. Pun begitu, bukan semua akan berjaya menjadi penyanyi dan ramai sahaja yang terkandas di tengah jalan.

Kepada mereka yang berjaya menjadi penyanyi pula, tetap sahaja nasibnya tidak menentu. Ada sesetengah kumpulan K-Pop yang terus berjaya pada permulaan karier mereka.

Ada juga yang walaupun diterima baik pada awalnya, lama-lama menjadi sendu dan seterusnya tidak berjaya untuk bersaing dengan kumpulan-kumpulan K-Pop yang lain.

Katanya kalau kumpulan atau penyanyi tersebut tergolong dalam mereka yang di bawah naungan ‘the big three‘ (SM Entertainment, YG Entertainment dan JYP Entertainment), adalah lebih mudah bagi mereka untuk menempah nama di dalam industri kerana populariti yang sedia ada pada syarikat rakaman mereka.

Walau bagaimanapun, kejayaan seseorang penyanyi itu tidaklah disebabkan itu sahaja kerana ramai sahaja kumpulan dari syarikat rakaman gergasi tersebut yang tidak mendapat sambutan.

Oleh kerana industri hiburan Korea memang tersangat mencabar, banyak sahaja kumpulan yang hampir dibubarkan. Hari ini, kami akan kongsikan 6 lagu yang telah menyelamatkan kumpulan-kumpulan ini. Tanpa lagu-lagu ini, mungkin sahaja kumpulan seperti BTS yang menjadi gilaan remaja zaman sekarang contohnya telah dibubarkan.

1. BTS – I Need You

Melihat kepada kejayaan kumpulan ini sekarang, agak sukar sebenarnya untuk percaya bahawa kumpulan ini pernah hampir dibubarkan. Menurut sumber, BTS khabarnya akan dibubarkan jika lagu ini tidak mendapat sambutan.

2. Winner – Really really.

Kumpulan ini memang sudah ada peminatnya akan tetapi keadaan menjadi agak goyah apabila seorang ahli mereka memutuskan untuk keluar. Lagu ini berjaya menyelamatkan mereka dari dibubarkan dan menunjukkan bahawa mereka masih mampu membuat lagu yang hebat.

3. Infinite – Be Mine

Kumpulan ini sepatutnya dibubarkan pada tahun 2011 kerana Woolim Entertainment pada ketika itu sudah hampir muflis sehinggakan CEO agensi tersebut sanggup untuk menggadai rumahnya untuk menghasilkan album ‘Over The Top’. Nasib nyata menyebelahi mereka kerana lagu ini mendapat sambutan hangat!

4. EXID – Up and Down

Sama seperti Infinite, EXID juga hampir dibubarkan. Akan tetapi, lagu ikonik ini berjaya menyelamatkan mereka kerana disambut baik oleh industri selepas rakaman tarian Hani, ahli kumpulan mereka, tular dan menyebabkan lagu tersebut menjadi gilaan ramai.

5. Apink – Five

Pada permulaan Apink dalam industri, banyak dari lagu mereka yang hit and miss. Sebagai contoh, lagu Only One dikatakan diantara lagu mereka yang flop dan hampir membuat kumpulan ini bubar. Akan tetapi, kemenangan yang diperoleh menerusi lagu Five diibaratkan sebagai sinar cahaya baharu buat mereka.

6. Crayon Pop – Bar Bar Bar

Sebelum lagu ini dikeluarkan, kumpulan ini boleh dikatakan diantara kumpulan yang ‘sendu’. Oleh kerana koreografi lagu ini yang menarik, ia berjaya menyelamatkan kumpulan ini dari dibubarkan dan lagu ini juga sempat tular. Sayangnya, mereka dikenali sebagai kumpulan one hit wonder dan kini menyepi.

Bak kata pepatah, kejayaan tidak datang bergolek. Mungkin sesetengah orang lebih beruntung, akan tetapi kejayaan yang sebenar terletak kepada kebolehan mereka untuk kekal relevan. Contohnya seperti kumpulan BigBang dan Super Junior.

Tahukah anda bahawa Lee Seung-gi merupakan penyanyi? Beliau dikhabarkan sudah kembali dengan lagu baharu, klil pada pautan di bawah untuk membaca!

5 Tahun Menyepi, Ini Sebabnya Lee Seung-Gi Memilih Untuk Menyanyi Kembali

Siap Sedia VIP, G-Dragon Bakal Kembali Dengan Album Solo

Anda Mungkin Suka