Awal pagi semalam berlakunya insiden yang amat tidak di ingini di kala orang sibuk hendak pergi kerja. Kereta tak boleh start!

Bateri pakai tak sampai setahun pun lagi. Macam biasa, puncanya adalah kecuaian. Anak-anak main buka lampu dalam kereta, kita lupa dan gagal mengesan lampu belum di matikan sebelum kunci kereta. Natijahnya, bateri kong. Haha.

06-23-18-img_20161205_173121

Maka kalut la saya pagi-pagi dengan urusan anak sekolah dan diri sendiri yang bekerja. Apa la nasib badan. Huhu. Di pendekkan cerita, saya teringat orang hangat menyebut pasal Bateriku.Com yang sedang meningkat naik.

Maka saya terus mendaftar dan tak sampai 10 minit saya terus di hubungi oleh mekanik Bateriku.Com melalu whatsapp.

06-23-25-img_20161205_173644

06-23-30-img_20161205_173926

Buat appointment sebelah petang seusai waktu kerja, 5.30ptg. Tepat jam 5.30 petang mekanik dah terpacak depan rumah. Urusan mengambil masa hanya 15 minitsahaja dan kereta saya sudah pun boleh dihidupkan.

Sambil-sambil tu saya sembang dengan mekanik sebab saya tengok dia duk check bateri guna multimeter/voltmeter.

Saya belajar benda baru hari ini iaitu bagaimana nak check keadaan alternator samada berfungsi dengan baik atau tidak.

6 langkah utama adalah :

1. Check belting alternator samada berada dalam keadaan baik atau tidak. Jika belting tidak tegang, alternator mungkin tidak berfungsi dengan baik
bagaimana menguji keadaan alternator kereta anda.

06-23-35-download

2. Check abnormal sound daripada alternator dan check bearing alternator. Boleh refer post saya sebelum ini pasal diagnosis bunyi alternator bising

3. Seterusnya, kita nak test alternator sepenuhnya. Matikan enjin terlebih dahulu

4. Sambungkan multimeter / voltmeter, lepas tu check bacaan voltage. Bateri yang elok sepatutnya 12.5 – 12.65V.

5. Selepas itu, start enjin kereta dan observe bacaan multimeter/voltmeter tadi. Sepatutnya paling minimum 13V. Alternator yang bagus, bacaannya antara 13.5V – 14.5V. Kereta saya punya bacaan seperti dalam gambar.

06-23-42-img_20161205_174154

6. Kita check pula bacaan dengan [email protected] Buka headlamp, air cond dan sebagainya. Bacaan yang baik dari alternator sepatutnya sama sahaja semasa bacaan tanpa load iaitu range 13.5 to 14.5V.
Jikalau kurang daripada 13V @ lebih daripada 15V maka alternator anda mungkin ada masalah samada ada mana-mana cable tidak berada dalam kedudukan sepatutnya atau sememangnya alternator ada masalah. Sila rujuk kepada yang pakar.

Ada hikmahnya kereta bateri kong. Servis yang baik daripada Batriku.Com dan belajar nak test alternator dengan multimeter/voltmeter. Hehe

Semoga bermanfaat

Artikel di atas disumbangkan oleh AbeJaq.com. Boleh ikuti beliau di sini.
0 KOMEN

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤