Katakan kita pernah memberi pinjam duit kepada kawan yang mahu tambah modal kepada perniagaannya.

Kawan itu sekarang kelihatan mewah dan senang tetapi masih belum melunaskan hutangnya kepada kita.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi setiap kali ditanya pasal hutang itu ada sahaja jawapan dalihnya.

Cuba hantar mesej-mesej ini kepadanya:

1. Kalau kau tak mampu nak bayar penuh, bayar separuh dulu pun aku terima.

2. Kalau kau tak mampu nak bayar separuh, bayar suku dulu pun aku terima.

3. Kalau kau tak mampu nak bayar suku, ko ansur bayar RM1000 tiap bulan pun aku terima.

4. Kalau kau tak mampu nak ansur RM1000, ko ansur bayar RM500 tiap bulan pun aku terima.

5. Kalau kau tak mampu nak ansur RM500, ko ansur bayar RM200 tiap bulan pun aku terima.

6. Kalau kau tak mampu nak ansur RM200, kau ansur bayar RM50 tiap bulan pun aku terima tapi aku takut kau tak sempat lunaskan hutang kau untuk masuk SYURGA

Inilah kata-kata baik dan sopan yang akan membuatkan mereka terasa harga dirinya dipijak-pijak masuk ke dalam longkang.

Kita sepatutnya sentiasa menggunakan akal sihat bagi menilai risiko sebelum melakukan sesuatu.

Tapi jika tak jalan juga boleh lah cuba 11 Cara Anda Boleh Tuntut Hutang Gaya Along Tanpa Libatkan Keganasan

Dan Cara Mudah Bagi Individu Tuntut Hutang Daripada Peminjam Di Mahkamah