Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Nota Editor: 6 lokasi makan best di Muar ini telah dikongsikan oleh M Hanif Khalid. Terima kasih atas perkongsian anda melalui #YesVocket.

restoran-sedap-di-muar-1

Muar, Bandar DiRaja Johor, terletak di muara bersempadan dengan Melaka, untuk ke sini boleh melalui highway keluar exit tangkak.

Rugi rasanya jika anda datang ke sini tanpa merasai keenakan makanan yang menjadi daya tarikan di sini.

Antara gerai dan cafe yang wajib anda cuba.

  1. Cafe Kopi 434

restoran-sedap-di-muar-2

Kopi yang terbaik dari ladang, kepekatan dan aroma yang sungguh memikat.

2. R&H Cafe (Sate Maharani)

restoran-sedap-di-muar-3

Satu keunikkan di Muar adalah sate sebagai hidangan sarapan pagi. Jangan lupa mencuba roti telor goyang dan tauhu lentok.

3. Mee bandung Abu Bakar Hanapiah

restoran-sedap-di-muar-4

Antara mee bandung yang terkenal di Muar.

Baca lagi: Menikmati Kacang Pool Haji Yang Mengasyikkan di Johor Bahru

4. Asam Pedas Pak Yahya Parit Jawa

restoran-sedap-di-muar-5

Kalau makan di sini, kuah asam pedas siap dihirup macam sup. Gerai ini masuk Jalan-Jalan Cari Makan TV3

5. Murtabak Singapura

restoran-sedap-di-muar-6

Murtabak yang besar tebal penuh dengan daging. Menu minum petang.

6. Restoran Makanan Laut Wak Jos Sabak Awor.

restoran-sedap-di-muar-7

Hidangan makan malam, sedap dan murah.

Baca lagi: 12 Lokasi Makanan Sedap Di Batu Pahat, Johor. Boleh Buat Anda Terliur

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka