Cabaran membesarkan anak memang banyak dan besar. Betapa besar cabaran, dan betapa besar ganjaran membesarkan anak-anak yang beriman kepada Tuhan yang satu. Bertuahlah mereka yang dapat menjalankan tugas sebagai ibu bapa dengan baik. Semoga nota pendek yang indah ini membantu dan menceriakan hari anda:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2. Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: “Dah, sudah main, berhenti sekarang!”. Tetapi katakan kepada mereka: “Main 5 minit lagi ya.” Kemudian ingatkan kembali: “Dua minit lagi ya.” Kemudian barulah katakan: “Dah, waktu main sudah habis.” Mereka akan berhenti bermain.

3. Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: “Siapa mahu mendengar cerita ibu? Angkat tangan.” Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusuli dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4. Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur: “Tidur sayang.. esok pagi kita akan solat subuh,” maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: “Jom tidur, esok kan sekolah,” akhirnya mereka tidak solat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5. Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan: “Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak.” Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.

Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita di hadapan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

BACA: Kisah Syukur Seorang Pakcik Yang Sudah Berkahwin 40 Tahun Tetapi Tiada Anak

BACA Lagi: 4 Tips Elak Tantrum Anak Semasa Sedang Membeli-belah

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram