Pada tahun 2011, Nike menghasilkan replika model khas Nike Mag yang pernah disarungkan oleh Michael J. Fox dalam filem Back To The Future II yang hanya dihasilkan sebanyak 1,500 unit sahaja. Lebih unik, kasut ini dijual secara bidaan dan cuma pembida tertinggi sahaja layak untuk membeli kasut ini.

https://twitter.com/wc_streetwear/status/1222379202931908610

Namun dalam perkongsian seorang pengguna Twitter, seorang lelaki di Oregon, Amerika Syarikat bernasib baik apabila menemui 6 pasang kasut Nike Mag ini di sebuah stor yang terbiar. Lebih menarik, lelaki berkenaan membeli stor terbiar berkenaan pada harga hanya USD75 (~RM375).

Pengguna Twitter berkenaan yang dikenali sebagai West Coast Streetwear telah membeli 3 pasang Nike Air Mag berkenaan daripada lelaki yang menemui kasut tersebut dan telah menjual kembali kasut berkenaan pada harga USD10,000 (~RM40,960) di laman dalam talian StockX.

Disebabkan ramai yang tidak mempercayainya, West Coast Streetwear turut berkongsikan perbualan beliau dengan lelaki berkenaan. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan berapa kos pembelian 3 pasang kasut tersebut.

https://twitter.com/wc_streetwear/status/1222438186384646145

Sekiranya kisah yang diceritakan ini benar, ia pastinya penemuan yang sangat menguntungkan melibatkan model Nike yang rare. Hobi anda mengumpul kasut pasti akan memberi pulangan sekiranya anda menyimpan model yang lain daripada yang lain.

Ini pula kes seorang lelaki yang tidak tahu beliau sebenarnya memiliki kasut bernilai RM23,000. Baca lagi pada pautan di bawah.

Sangka Tiada Nilai, Lelaki Ini Berjaya Jual Kasut Nike Ini Dengan Harga RM23,000

Nike Vaporfly Sah Tidak Diharamkan Untuk Kegunaan Maraton

Nike Hentikan Penjualan Produk Melibatkan Kobe Bryant Bagi Menghalang Aktiviti ‘Reseller’

Sumber