Selain daripada bahan bacaan online, bagi mereka yang suka mengembara anda kini ada satu lagi bacaan alternatif iaitu majalah BackPackerz.

Jika selama ini majalah seumpama ini hanya boleh dibaca sewaktu anda naik kapalterbang, majalah BackPackerz tampil dengan pengisian yang hampir sama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru saja memasuki edisi ke 4 pada bulan Mei lepas, bagi saya ia satu percubaan berani bagi penerbit majalah ini untuk mengeluarkan majalah dalam bentuk fizikal di saat kebanyakan syarikat akhbar dan percetakan kini bergelut dengan penurunan drastik dari segi langganan dan jualan akhbar serta majalah.

Berikut saya ingin kongsikan beberapa perkara menarik hasil daripada bacaan saya terhadap majalah BackPakerz ini.

1. Penggunaan bahasa

majalah-bacpackerz-15

Bahasa yang digunakan lebih santai. Pendek kata bagi penggemar buku-buku indie, majalah ini boleh dikategorikan sebagai majalah indie untuk anda layan. Bahasa yang digunakan juga tidak terlalu skema tetapi lebih kepada mengikut bahasa yang digunakan di media sosial.

Terdapat juga 1 segmen di mana artikel ditulis sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

2. Informasi yang pelbagai

majalah-bacpackerz-12

majalah-bacpackerz-14

Kandungan dan informasi yang pelbagai mencakupi pengalaman sebenar pengembara, tips berjimat, review makanan dan informasi berkaitan gajet dan apps terkini yang boleh anda rujuk sebagai persediaan sebelum mengembara.

3. Peluang menulis dan berkongsi bagi pengembara

majalah-bacpackerz-8

majalah-bacpackerz-4

Informasi yang dikongsikan bukan hanya daripada penulis majalah tapi juga daripada media sosia seperti Facebook, Instagram mahupun daripada blog.

Secara tidak langsung ini memberi peluang kepada pengembara untuk menulis dan berkongsi pengalaman mereka di dalam sebuah majalah.

Biasanya ‘feel‘ bila masuk majalah ni tak sama dengan menulis di media sosial dan di blog. You know, that kind of excited feeling – masuk majalah woih! Gitu.

4. Gambar yang menarik dan berwarna warni

majalah-bacpackerz-9

majalah-bacpackerz-6

Untuk mengelakkan bias saya meminta anak saya belek dan baca. Ayat pertama yang keluar adalah “cantiknya tempat ni, cantik gambar ni. Kat mana ni?”

Banyak gambar yang turut disisipkan di dalam majalah ini beserta penerangan dan catatan pengalaman sebenar oleh pengembara menjadikan ia majalah yang mudah untuk menarik sesiapa saja untuk membacanya.

5. Bacaan untuk semua golongan

majalah-bacpackerz-11

Sesuai dibaca bukan hanya oleh orang dewasa, golongan muda tetapi juga kanak-kanak sekolah.

Bagi ibubapa yang ingin memberikan pendedahan awal tentang travel kepada anak-anak, majalah ini boleh dijadikan pembuka jalan untuk anda. Anak-anak pasti seronok baca dan tengok gambar sebelum tidur.

6. Dreamboard / kad impian

majalah-bacpackerz-7

Suka buat dreamboard? Haaa. Ini antara majalah yang boleh anda jadikan rujukan untuk penuhkan dreamboard anda.

Itulah 6 perkara menarik yang saya temui daripada majalah BackPackerz ini. Buat masa ni tempahan majalah ini boleh dibuat online melalui Facebook Page BackPackerz, melalui whatsapp ke no 011-40040541 dan juga pengedar majalah BacPackerz yang tersenarai di link berikut.

Dan ini pula adalah keluaran terbaru, iaitu edisi ke 5 majalah BackPackerz bagi bulan Jun yang bertemakan bulan madu. Menarik kan?

majalah-backpackerz-16

Anda juga boleh ikuti perkembangan dan update terkini Majalah BackPackerz di Instagram backpackermag dan akaun Twitter BackPackerz.

Baca lagi: Tanpa Ramai Pengikut Di Media Sosial, Buku Travelog Gadis Ini Telah Ke 6 Negara Luar