Musim cuti sekolah ni korang ke mana je? Puas berjalan ke sibuk bekerja?
Ni aku ada tempat menarik nak bagitahu, mana tahu korang tengah merancang nak pergi bercuti tapi masih tak jumpa lagi tempat yang menarik. Aku cadangkan korang pergi bercuti ke Pulau Sabang di Aceh.

Sebenarnya sebelum ni aku tak pernah dengar pun Pulau Sabang. Tapi Aceh aku tahu lah. Jadi waktu aku scroll FB, aku terbaca satu pos dari The Vocket Itinerari Bajet 4 Hari 3 Malam Ke Acheh Indonesia

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Aku tertarik dengan gambar pantai yang dorang kongsikan. Tanpa membuang masa, aku pun terus cari tiket tambang murah ke Aceh. Korang tahu apa jadi? Aku terbeli tiket flight yang agak mahal.  Hahaha. Jadi, hati-hati waktu beli tiket flight, jangan terlampau teruja sangat.

Bukit Balohan by Dr. Droner

Relax di Pulau Rubiah

Permandangan Hotel Casanemo di Pantai Sumur Tiga.

Untuk makluman Pulau Sabang dan Pulau Weh tu sama saja. Cuma orang Aceh lebih banyak panggil Pulau Sabang. “Ke mana kau? Ke Sabang.”

Aku kongsikan tips ke Pulau Sabang syurga yang tersembunyi:

1. Sabang adalah pulau yang mengutamakan hukum Syariah.

Jika korang dah berkahwin dan merancang nak pergi bercuti ke Sabang, jangan lupa bawa surat kahwin. Kalau tidak, mau korang suami isteri kena tidur bilik berasingan. Haha.

2. Harus berpakaian sopan.

Aku tak pernah nampak bikini berjalan semasa bercuti di Sabang. Untuk perempuan, pakailah pakaian yang sopan ye. That’s why I think Sabang is hidden paradise.

3. Sewa motor atau beca

Nak jalan-jalan di Sabang, aku syorkan korang guna servis motor ataupun beca motor sebab di Pulau Sabang banyak permandangan yang indah. Jadi kalau korang naik motor, senang nak berhenti untuk ambil gambar dan udaranya pun segar.

4. Biar tinggal lama di Pantai Sumur Tiga berbanding di Pantai Iboih

Sebab banyak tempat yang menarik berhampiran dengan Pantai Sumur Tiga. Di Iboih takda apa! Iboih tu tempat snorkeling je. But, its up to you.

5.Kad ATM

Korang jangan lupa aktifkan untuk pengeluaran antarabangsa. Kalau korang bawa duit Ringgit dan nak tukar ke duit Rupiah, lebih baik tukar di Malaysia sebab di Sabang dorang caj lebih untuk tukar duit.

Nak pulak sekarang Ringgit tengah jatuh dan akan terus jatuh seperti jatuh ditimpa tangga. Rugi tambah gawat.

Pantai Iboih by Dr. Droner.

Pulau Rubiah by Dr. Droner.

Main buaian di Pantai Gapang sambil menikmati deruman ombak.

6. Tempat wajib korang datangi ketika berada di Sabang :

  •  Benteng Jepang
  • Bukit Balohan
  • Danau Aneuk Laot
  • I Love Sabang
  • Pulau Weh
  • Sabang Hill
  • Gua Sarang
  • Kilometer 0
  • Gunung Berapi
  • Air Terjun Pria Laot
  • Pantai Kasih
  • Pantai Sumur Tiga
  • Pantai Anoi Hitam
  • Pantai Paradiso
  • Pantai Gapang
  • Pantai Iboih
  • Pulau Rubiah

Pada aku, Pulau Sabang ni lengkap. Ada bukit, gunung, gua, air terjun dan banyak pantai yang indah. Nora bagi 5 bintang. Hehe.

Jadi itu saja tips dari aku yang dah ke sana. Sabang selalu cantik di sisi mata. Kalau ada masa, korang pergilah ke sana! I LOVE SABANG, mungkin 2017 aku akan ke sana lagi.

Dan ini aku kongsikan vlog yang aku buat untuk trip ke Sabang. Selamat menonton.

 

Baca lagi: 22 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Travel Ke Acheh Indonesia

Artikel di atas disumbangkan oleh Arif Azhar. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka