Menyebut tentang blockchain dan kriptowang mungkin ramai ada yang membayangkan pelaburan wang digital semata-mata sepertimana yang popular di Malaysia sebelum ini. Tidak dinafikan, sejak mula diperkenalkan, blockchain dan kriptowang seringkali dikaitkan dengan pelbagai mitos daripada orang ramai. Tidak kurang juga yang menggunakan teknologi ini sebagai platform untuk menjalankan skim ponzi.

Walaubagaimanapun, mitos dipercayai ramai ini kadangkala tidak benar sekaligus mewujudkan persepsi negatif terhadap teknologi yang masih ‘baru’ ini buat Rakyat Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam usaha untuk menjernihkan keadaan mengenai mitos yang sering membuatkan orang ramai keliru, Coin.my telah turut berkongsi enam perkara mitos yang sering dipercayai ramai mengenai blockchain dan kriptowang. Berikut merupakan antaranya.

1. Bitcoin merupakan program skim cepat kaya

Tidak dinafikan, bitcoin seringkali menjadi ‘alat’ untuk mengaburkan ramai tentang bagaimana wang digital ini mampu membuatkan seseorang menjadi kaya. Dalam pada itu, setiap kriptowang juga turut mempunyai pasang surut daripada segi nilainya.

Untuk pengetahuan anda, kriptowang merupakan sebuah wang digital yang menjadi platform atau perantara untuk membuat pembayaran, pemindahan nilai dan pelbagai lagi fungsi yang lain.

Anda juga dinasihatkan untuk tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana emel yang diterima dimana menjanjikan peningkatan keuntungan daripada kriptowang.  Kriptowang seperti bitcoin cuma boleh ditambah jumlah unit melalui mining, trading dan hodling.

2. ‘Bitcoin is a scam’

best-bitcoin-revshare-hybrid-program-scam-email-ever-segment-image-4066-900-471

Pernahkah anda mendengar pepatah ‘bitcoin is a scam’? Pepatah yang disebutkan ini menjadi lebih popular setelah individu berpengaruh ekonomi dunia termasuk Warren Buffet menyebutnya.

Walaubagaimanapun, pepatah ini seringkali diputarbelitkan oleh orang ramai. Apa yang dimaksudkan Warren Buffet adalah konteks penuh merujuk kepada idea untuk menggantikan bitcoin daripada matawang US Dollar yang sudahpun lama bertapak dan digunakan ramai untuk bertransaksi.

3. Blockchain adalah bitcoin

Bitcoin’s-Blockchain

Mungkin ada yang keliru dan mengagap blockchain dan bitcoin merupakan perkara yang sama sebaliknya kedua-duanya membawa maksud yang berbeza.

Untuk pengetahuan anda, bitcoin merujuk kepada salah satu kepada kriptowang paling popular manakala blockchain merupakan sistem lejar elektronik awam yang menyimpan database data para pengguna. Data ini meliputi segala aspek termasuk maklumat individu, status kewangan, status kesihatan dan sebagainya. Setiap rekod ini disimpan secara rapi dan cuma beberapa pihak sahaja yang mampu mengaksesnya.

4. Kriptowang merupakan satu-satunya fungsi blockchain

1_k_he35uvdrcimg4oqhbtzg

Menyebut tentang blockchain mungkin ada mengaitnya dengan kriptowang. Tidak dinafikan kriptowang memain peranan besar dalam blockchain. Walaubagaimanapun, fungsi blockchain ternyata jauh lebih besar daripada itu. Seperti yang disebutkan diatas, blockchain juga berfungsi untuk menyimpan data dengan lebih terurus dengan pengawalan keselamatan yang tinggi.

5. Transaksi pemindahan kriptowang adalah rahsia

27845-1

Sebuah lagi mitos yang popular mengenai blockchain adalah pemindahan kriptowang dianggap sebagai rahsia. Pada asasnya. Blockchain adalah lejar awam yang desentralisasi. Ini bermakna transaksi di dalam lejar tersebut boleh dilihat oleh sesiapa pun.

Dalam pada itu, terdapat beberapa platform kriptowang yang mengamalkan polisi know your customer dimana pihak ketiga berpeluang mengetahui individu yang menjalankan transaksi. Kriptowang seperti Monero dan Zcash pula menjalankan operasi sebaliknya dimana identiti pengguna dirahsiakan.

6. Hanya penjenayah yang menggunakan kriptowang

blockchain-scam-artist

Lama sebelum bitcoin dijadikan platform skim ponzi, kriptowang seringkali dikaitkan dengan penjenayah cyber dimana transaksi wang sering dilakukan melalui rundingan di dark web.

Sejauh mana kesasihan berita ini kurang dikenal pasti namun apa yang diketahui transaksi kriptowang seringkali digunakan oleh mereka yang mematahi undang-undang. Nampaknya perkara ini tidak ada bezanya dengan mereka yang menggunakan wang fiat malah jenayah juga boleh berlaku dengan menggunakan wang fiat.

Rumusan

Berikut merupakan antara mitos yang popular mengenai blockchain dan kriptowang. Kami yakin lebih banyak lagi mitos yang dapat dirungkai sekiranya orang ramai mula mendalami teknologi blockchain.

Sumber