Kalau tiada ilmu jangan nak ‘try-test’ buka restoran. Lesap semuanya nanti.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Orang yang cenderung buka restoran kerana ada duit, kemungkinan besar akan kecundang sebelum 3 tahun (restorannya hidup segan mati tak mahu atau tutup terus), apalagi jenis manusia yang tak mahu belajar.

Kenapa saya kata begitu? Saya nak cerita sikit tentang pengalaman dan pemerhatian saya yang menjadikan perkara ini terjadi.

1. Modal

Buka restoran modalnya besar. Bajet renovasi+peralatan mungkin setel tetapi bajet lain ada sediakan? Termasuklah bajet ‘rolling’ untuk 6 bulan ‘survive. Bajet promosi dan marketing belum masuk lagi.

2. Taukeh lepas tangan

Biasanya orang yang berduit buka restoran akan ‘deliver’ banyak benda kepada ‘orang harapan’ untuk aturkan segalanya. Mungkin taukeh ambil tugas dalam pembelian (kononnya kawal dan jaga bajet). Perkara lain dia tak jaga.

3. Tidak sediakan ‘cara kerja’ atau SOP

Semua main sekali arah sahaja. Kalau dapat pekerja berpengalaman mungkin ok sikit tetapi bila dapat orang baru, letih mengajarnya dan banyak pembaziran tenaga dan waktu.

4. Tamak

Bisnes restoran tak perlu tamak sangat. Bila dah dikuasi benda ini, bersedialah untuk menanggung risiko. Tamak yang macamana? Boleh jadi nak sediakan semua lauk. Menu ala carte ada, buffet pun ada. Semua nak sedia. Mungkin juga dia buat 2+1. Restoran dibuka, katering diambil tetapi tim tak kuat.

5. Terlampau berambisi

Kebanyakan orang berduit ini jenis yang berambisi dan ber ‘nafsu besar’. Bila restorannya sudah mulai tumbuh mekar datanglah ‘idea’ hendak buka cawangan baru lagi. Tak salah, tapi tanya diri dulu. Bersediakah saya?

6. Tak ‘upgrade’ ilmu

Ini antara penyakit paling banyak saya temui. Tanpa ilmu, pengetahuan kita setakat yang kita tahu dan belajar saja sedangkan ilmu pengurusan restoran ini luas dan kena ‘upgrade’ kan selalu. Bila ilmu sampai batas siling anda kena tambah lagi atau gajikan orang yang lebih pengetahuannya dari anda.

Baca lagi: 4 Kisah Wanita Sebelum Mereka Jadi Jutawan Dan Usahawan Berjaya Di Malaysia

Artikel di atas disumbangkan oleh Andy Syamsuddin. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group