Kedudukan kewangan sesebuah kelab bola sepak adalah cukup penting dalam meneruskan kelangsungan aktiviti dan operasi kelab secara amnya.

Sebelum musim baru bermula, banyak perancangan telah dibuat untuk mempertingkatkan pendapatan kelab dari pelbagai segi yang memerlukan penglibatan semua pihak.

Walaupun sudah hampir penghujung musim 2017, kami baru sahaja menerima laporan kewangan semua 3 divisyen dalam saingan J League 2016 yang telah diserahkan oleh kelab-kelab yang bertanding pada musim 2016.

6 Punca Utama Pendapatan Kelab Jepun

2017-11-21_0-14-13

Dari penyata untung rugi yang telah dikeluarkan oleh J.League ini, kita dapat mengenal pasti beberapa maklumat penting berkaitan pendapatan yang dijana, bagaimana mereka membelanjakan wang dan kelab mana paling untung sepanjang musim 2016.

Pendapatan  ( Revenue )

Berdasarkan penyata diatas, dapat dilihat dengan jelas bahawa Urawa Reds merupakan kelab yang paling banyak menjana pendapatan musim 2016 dengan jumlah JPY6.606 billion (RM243 juta).

Jumlah tersebut adalah hasil dari beberapa saluran seperti dibawah:

  1. Pengiklanan (Advertising Revenue)

2017-11-21_2-18-46

Hasil dari pengiklanan sahaja, Urawa Reds berjaya menjana JPY2.593 billion (RM95.46 juta) semusim, iaitu 39.25% dari keseluruhan pendapatan kelab.

Namun, Nagoya Grampus muncul sebagai pasukan yang menjana pendapatan dari pengiklanan paling tinggi dengan jumlah JPY3.033 billion (RM111.7 juta)!

2.Jualan Tiket Perlawanan (Gate Collection)

maxresdefault

Dari segi kutipan tiket perlawanan yang berlangsung sepanjang musim, Urawa Reds telah berjaya mengutip sejumlah JPY2.375 billion (RM87.43 juta).

Bagi musim 2016, secara keseluruhannya, Stadium Saitama 2002 mencatatkan kehadiran penyokong seramai 627,898 orang (paling tinggi)!

Dan angka ini tidak termasuk beberapa lagi perlawanan piala domestik yang lain.

3.Agihan J.League

Setiap musim, pihak penganjur liga iaitu J.League, akan mengagihkan wang kepada semua kelab yang bertanding dalam kejohanan liga.

Urawa Reds muncul sebagai penerima paling tinggi dari semua 18 pasukan bertanding dengan jumlah JPY319 juta (RM11.7 juta).

4.Akademi Bola Sepak

mainphoto02
Pasukan FC Tokyo U18

Kewujudan akademi bola sepak di setiap kelab J.League turut menyumbang kepada pendapatan kelab mereka. Angka ini mungkin dijana dari pelbagai aktiviti, keahlian dan pelbagai lagi funnel diperingkat akademi.

Urawa Reds menjana JPY14 juta (RM515 ribu) dari akademi mereka.

Kelab yang paling banyak menjana pendapatan melalui akademi adalah FC Tokyo dengan jumlah pendapatan sebanyak JPY444 juta (RM16.34 juta) untuk tahun 2016!

5.Jualan Barangan Kelab

redvoltage_photo

Disebabkan populariti Urawa Reds yang tinggi, pastinya akan memberikan impak kepada hasil jualan barangan rasmi mereka yang dipasarkan di pelbagai platform untuk memaksimakan capaian.

Untuk 2016 sahaja, Urawa Reds mencatatkan hasil jualan paling tinggi dengan jumlah JPY778 juta (RM28.62 juta)!

Angka ini adalah 11.77% dari keseluruhan hasil pendapatan Urawa Reds musim 2016.

6.Lain-Lain Pendapatan

up_2258_name__large

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan, lain-lain pendapatan merupakan penyumbang kedua paling besar Urawa Reds selepas pengiklanan dengan jumlah JPY1.7 billion (RM62.57 juta).

Tiada perincian diberikan oleh pihak J.League berkenaan lain-lain pendapatan. Ia mungkin hasil dari pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh sesebuah kelab itu sendiri yang terdiri dari puluhan atau ratusan punca pendapatan.

Contoh: Stadium naming rights berjumlah JPY30 juta (RM1.1 juta) setahun selama 3 tahun telah diberikan kepada syarikat Mikuni oleh kelab J3 League, Giravanz Kitakyushu. Nama stadium mereka dikenali sebagai Mikuni World Stadium Kitakyushu.

Selain itu, pendapatan dari pelbagai kejohanan seperti kedudukan pasukan dalam liga, wang hasil AFC Champions League dan sebagainya.

Kelab Mana Mencatat Untung Paling Tinggi?

Walaupun Urawa Reds berjaya muncul sebagai pasukan yang menjana pendapatan paling tinggi, tetapi disebabkan perbelanjaan tinggi pasukan terutama gaji dan kos operasi kelab yang paling tinggi, mereka tidak mencatatkan untung besar pada 2016.

Urawa Reds hanya mampu mencatatkan keuntungan sekitar JPY173 juta (RM6.37 juta) selepas cukai pada tahun 2016.

Kashima Antlers muncul sebagai pasukan paling menguntungkan pada musim 2016 selepas kelab yang berpangkalan di Ibaraki itu merekodkan keuntungan bersih selepas cukai berjumlah JPY610 juta (RM22.45 juta)

DDEQt7VUwAA4WnC

Kelab kedua paling untung adalah Sanfrecce Hiroshima dengan keuntungan bersih selepas cukai berjumlah JPY312 juta (RM11.48 juta), diikuti oleh Kawasaki Frontale dengan jumlah bersih JPY217 juta (RM7.89 juta).

Satu-satunya kelab yang mencatat kerugian pada musim 2016 adalah Vegalta Sendai, apabila merekodkan kerugian berjumlah JPY119 juta (RM4.38 juta)!