Maggi boleh dikatakan makanan kegemaran setiap rakyat Malaysia. Teringat nostalgia ketika di asrama dahulu, pelbagai cara kreatif digunakan untuk menambah kelazatan Maggi yang dimasak. Salah satu cara adalah dengan memasak Maggi didalam mini rice cooker dan ditambah bahan asa seperti bawang, cili hidup, kicap dan sos tomato. Tahukah anda, Maggi boleh dimasak dengan pelbagai cara. Hidup di asrama membuatkan kami kreatif!!!

Disini kami kongsikan 6 cara untuk memasak maggi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Maggi Goreng
maggi

Sepaket Maggi dicampur bawang, ikan bilis, hirisan ayam, cili kisar dan pes asam jawa. Ini adalah resepi yang senang didapati dikedai-kedai mamak. Order sahaja. Mamak Style Satu.

2. Maggi Ketam
maggi

Antara kedai yang popular yang menyajikan resepi ini adalah Kedai Meggi Ketam Cherang Ruku di Kelantan. Maggi yang dimasak akan disajikan didalam periuk tanah dan ketam yang dimasak adalah ketam nipah segar. Rasanya sangat menyelerakan.

3. Maggi with Cheese
maggi

Ini antara resepi yang jarang dimasak oleh rakyat Malaysia. Kombinasi Maggi, Cheese, Roti Bakar, tomato dan rempah-ratus. Dicicah pula dengan sos cili. Alangkah nikmatnya hidup ini

4. Maggi Murtabak
maggi

Ini adalah menu kegemaran bila berkunjung ke Bazaar Ramadhan. Enough Said.

5. Maggi Lasagna
maggi

Lihat sahaja pada gambarnya akan buatkan anda terliur. Maggi ini tidak terdapat di Restoren yang menjual makanan barat tetapi tetap mendapat permintaan yang tinggi. Mungkin kami boleh tubuhkan satu Restoren yang menjual Maggi ini. Siapa yang sukakan Lasagna pasti sukakan Maggi Lasagna.

6. Maggi Sup Kari
maggi

This is all time favourite. Untuk penggemar Maggi, ini adalah resepi yang tidak akan anda jemur. Untuk lebih kesedapan boleh ditambah cheese dan telur mata kerbau.