Adakah anda, para graduan yang berhempas pulas di tempat kerja namun tidak menikmati kerjaya anda kerana gaji kecil dan tidak berbaloi.

Adakah anda, graduan universiti yang tidak memiliki pekerjaan dan hidup dalam kerisauan dan kesedihan setiap hari akibat tomahan masyarakat ke atas status penganggur kehormat anda itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika ya, apa kata anda cuba terjun ke bidang khidmat pelanggan sebagai kerjaya awal anda atas sebab-sebab di bawah.

1. Gaji yang lumayan

Majoriti jawatan sebagai Customer Service Agent, Customer Service Representative, Customer Care Specialist dan seangkatannya menawarkan gaji asas antara RM2000 ke RM3000 kepada para lepasan Ijazah. Ini belum masuk elaun shift, elaun pengangkutan, elaun makanan dan elaun cuti umum.

2. Peluang sertai pelbagai industri

Syarat utama untuk mendapatkan jawatan ini hanyalah ijazah, fasih berbahasa Inggeris dan boleh mengira Matematik dengan baik. Anda boleh menyertai pelbagai industri termasuk perbankan, hotel & travel, pendidikan, kourier, penyiaran dan banyak lagi walaupun ijazah anda tidak berkaitan dengan industri tersebut.

Belajar kulinari tapi kerja di syarikat pengangkutan antarabangsa? Tidak pelik.

3. Latihan diberikan

Jangan risau jika anda tidak berapa arif tentang industri yang anda sertai tersebut, kerana latihan berbayar 2 minggu ke 3 bulan pasti diberikan. Gaji asas dapat walaupun belum mula kerja.

Mana nak dapat wei! Namun begitu, majoriti syarikat menyediakan latihan untuk tempoh 1 bulan sahaja.

4. Jadual kerja yang fleksibel dan ikut suka hati

Ya! Ini berdasarkan pengalaman peribadi penulis. Walaupun anda perlu bekerja shift 24/7 tetapi tahukan anda bahawa banyak syarikat yang mengizinkan anda bertukar jadual dengan rakan sekerja anda?

Jika anda adalah individu yang sukar untuk bangun tidur di waktu pagi, anda boleh bertukar jadual suka sama suka dengan rakan anda setiap kali anda mendapat shift pagi.

5. Value added untuk kerjaya baru

Jawatan khidmat pelanggan boleh dikategorikan sebagai akar untuk jawatan lain. Sebagai contoh, bayangkan ada bekerja ialah seorang pegawai bank dan tiba-tiba ada pelanggan datang dan meminta anda membantu masalah perbankan internetnya, sudah pasti anda memiliki masalah besar jika hal itu memerlukan navigation, troubleshoot dan beberapa hal yang perbankan internet memang suka buat hal.

Tetapi jika anda pernah bekerja dalam khidmat pelanggan, hal seperti ini mudah sahaja. Malah ilmu sebalik tabir seperti ini akan menjadi added value untuk anda mendapatkan jawatan idaman anda..

6. Menambahbaik kemahiran multi-tasking

Jika anda adalah individu yang tidak mampu buat dua perkara dalam satu masa, percayalah anda mampu melakukan hampir empat perkara dalam satu masa selepas bekerja 6 bulan ke 1 tahun dalam bidang ini.

Adalah perkara biasa untuk seorang pegawai khidmat pelanggan berbual dan mendengar persoalan pelanggan sambil membaca buku manual dan menaip laporan di komputer serta berinteraksi dengan team leader atau rakan sekerja tentang sesuatu isu.

Mata melihat buku manual, telingga mendengar persoalan pelanggan dan arahan rakan sekerja, tangan menaip laporan, mulut bercakap dengan pelangaan, semua dalam satu masa.

Nah, sekarang bagaimana? Masih lagi ingin meneruskan kerjaya yang gajinya tidak berbaloi atau terus menganggur? Marilah bersama-sama berusaha berusaha untuk masa depan kita.

Biar diri kita di masa hadapan, toleh ke belakang dan berterima kasih kepada diri kita yang hari ini. Dalam bidang khidmat pelanggan, memang rakan sekerja datang dan pergi.

Majoritinya pergi untuk jawatan yang lebih baik setelah memiliki 1-2 tahun pengalaman kerja. Majikan-majikan alaf kini asyik nak pengalaman kerja je kan? Nah, ni kita bagi.