Briged Al Qassam adalah sayap ketenteraan HAMAS mempunyai seramai 30’000 keanggotaan.

Israel laknatullah pula yang kononnya diakui menduduki tempat ke-4 Tentera terbaik dunia memiliki keanggotaan seramai 720’000 orang masih belum mampu meranapkan pertahanan Briged Al Qassam. Perlu ingat, Israel memiliki keupayaan ketenteraan yang canggih dan mempunyai sekutu rapat yang memberi dana dan sokongan padu kepada mereka.

Umpama langit dan bumi bukan kalau dinilai kedua dua pasukan.

Persoalannya, hari ini sudah masuk hari ke-39, Israel masih gagal mengambil tanah Gaza walaupun sejengkal!

Ini rahsia kekuatan Briged Al Qassam

1. Keberanian komando Al Qassam dalam strategi peperangan pelbagai
Sebahagian besar kematian tentera Israel adalah disebabkan oleh serangan darat Komando Al Qassam. Operasi dilakukan secara tersusun dan mesti dilakukan selama dua minit untuk melakukan serangan dan berundur semula ke terowong. Strategi yang menonjol adalah jerangkap samar yang mampu memusnahkan kereta kebal Israel dengan alat kawalan jauh.

2. Penubuhan skuad Amfibia Al Qassam
Buat pertama kali dalam sejarah, negara haram Israel dapat ditembusi melalui jalan laut. Mereka berjaya menyelinap ke sebuah kem tentera dan melakukan serangan darat secara berdepan.

3. Roket R-160 yang mampu sasar jauh
Roket ini mampu menjangkau sehingga 160km dan berjaya dilancarkan ke Haifa, bahagian paling utara negara haram tersebut. Tiada lagi tempat selamat untuk rakyat israel.

4.  Senjata penembak tepat ‘GHOUL’ buatan sendiri
Sniper yang diberi nama Ghoul mampu mencapai jarak sejauh 2km sedangkan sniper biasa hanya mampu pergi sejauh 1km sahaja, Senjata ini dipercayai mempunyai keupayaan teleskopik.

5. Roket anti Iron Drome
Ini sangat memeningkan Israel dan sekutu rapatnya, Amerika.Sistem Iron Drome yang didakwa sebagai sistem penangkas roket terbaik dunia tewas di tangan Biged Al Qassam.Ini memalukan Israel dan Amerika sehingga memaksa Amerika mengeluarkan jutaan dollar untuk menyediakan teknologi baru iron Drome.

6. Pelancaran pesawat tanpa pemandu
Sekali lagi Israel dimalukan setelah Ababil, nama pesawat tanpa meandu pertama Briged Al Qassam membuat tinjauan udara di tanah haram israel.

Kehebatan ini diakui sendiri oleh Israel hingga terpaksa menanggung rugi dan malu teramat. Ayuh kita doakan kemenangan buat umat gaza dan palestin.

Jangan lupa menderma tau.

 

 

 

 

 

 

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤